HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, May 20, 2014

Prinzpark Hotel, Kuala Terengganu: Review


Sambung cerita cuti-cuti Malaysia ke Terengganu.

Di Kuala Terengganu, kami menginap 1 malam di Prinzpark Hotel. Saya tempah melalui booking.com dan Angah pulak tempah di Agoda. Bezanya ialah kalau tempah melalui Agoda, dia akan terus charge credit card kita. Kalau tempah di booking,com, sampai sana nanti baru bayar.

 Sebelum tu singgah dulu di rumah saudara en. suami di Marang. Makan nasi dagang yang dimasak oleh Cik De, memang sedap sangat!! 

Di rumah Cik De

 Sampai hotel dalam pukul 4 lebih.. Tapi receptionist dia punya la lambat.. Kaunter cuma bukak 1 je tp orang beratur nak check in ramai. Last-last bila sampai turn kami, orang tu cakap bilik Angah belum ready lagi!!! Padahal masa tu dah pukul 5 dah dan supposedly check in kan pukul 3. Cuma bilik saya dengan bilik mak ayah je yang dah ready. So terpaksalah Angah tumpang bilik mak kejap. Dah tu pulak, bilik saya aircond rosak! Fuhh memang panas betul hati.. Kata je hotel 4 star, hotel baru.. Tapi nasib baik bila saya complain pasal aircond tu, cepat je orang maintenance datang untuk check. Tapi sebab diorang tak boleh settle gak, diorang bagi bilik lain kat saya. So berpindahlah kami ke bilik lain yang sama level dengan bilik mak. Pukul 6 lebih baru bilik Angah dah ready.

Esok pagi kami turun breakfast kat hotel sebab memang masa booking hotel dah provide breakfast. Breakfast pun ala kadar je.. Macam biasa ada nasi lemak, bubur, nasi goreng dan nasi dagang. Mungkin sebab memang kat Terengganu kot hehe. So kami makan jelah sekadar mengalas perut, sebab lepas ni nak ke Taman Tamadun Islam pulak.

Aqeelah makan cereal + susu. Banyak pulak dia makan, satu mangkuk penuh ni dia boleh abiskan.

 Bergambar dengan cik penyu di lobi hotel

So tu je lah nak review pasal hotel ni.. Mungkin kalau nak datang Terengganu lagi dah tak nak duduk sini dah kot.. Lagipun jauh dengan Pasar Payang hehehe..




Wednesday, May 14, 2014

Tengok Penyu Bertelur di Pantai Mok Nik, Kemaman


Lamanya laaa tak update blog ni.. :)

Cuti sempena Hari Pekerja 1 Mei hari tu saya dan family kecik saya cuti-cuti Malaysia ke Terengganu. Alhamdulillah ada rezeki lebih, bawak mak ayah cuti sekali. Turut serta ialah kak Ngah saya dan family.

Whatsapp dengan Angah, nak bertolak pukul berapa, masing-masing excited nak gerak awal kul 7 am. Tapi gitu gini gitu gini, last-last pukul 9 jugak baru keluar rumah hehe.. 

Tujuan utama ke Terengganu ialah: en. suami nak tengok penyu bertelur..!! Saya layan je lah, sebab sebelum ni memang saya je yang decide nak cuti ke mana. So kali ni bagi en. suami lak yang pilih destinasi percutian. Selain dari tu, bolehlah lawat family belah suami kat Terengganu. Walau pun saya dengan suami dah sebati tinggal kat Bangi, tapi family dia masih ada lagi kat sana.

Di Kemaman, saya tinggal di Zahara Homestay, Kemaman. Rumah baru dan bersih, ada 3 bilik tidur. Owner pun ramah. Siap tunggu lagi bila kami sampai di pintu gerbang Kemaman dan lead sampai ke homestay. Sewa satu malam pun murah, cuma RM160. Kalau nak ke Pantai Mok Nik (nama komersial Monica Bay) cuma dalam 10-15 minit saja.

Pukul 6 pm camtu kami pun bergerak ke Pantai Mok Nik. Jalan-jalan cari feel dulu. Malam baru tengok penyu bertelur.

Daddy dan Aqeelah menghirup udara pantai. Budak lelaki dua orang baju putih kat belakang tu anak buah saya.

 Mak, Ayah dan Abg Ngah sedang bercanda di pasir

 Main-main kat tepi pantai je. Tak boleh mandi masa ni air tengah pasang.

Lepas tu kami makan malam di Gerai Aziz Sata. Perghh memang terbaik lah sata dia. Pedas-pedas manis gitu.. Keropok lekor pun sedap. Aqeelah makan dalam 3-4 keping jugak dia dapat habiskan.
Pukul 9.30 pm, patah balik Pantai Mok Nik untuk tengok penyu bertelur. Sebelum tu en. suami memang dah confirm dengan Pak Su (orang yang manage untuk bawak orang tengok penyu bertelur) yang rombongan kami akan sampai hehe.. Mula-mula memang saya tak nak tengok sebab saya pikir mesti Aqeelah dah tidur waktu tu. Lagi pun memang masa tu waktu tdur dia. Sekali tengok segar bugar lah pulak cik Kilah ni.. Dah la kat kereta tadi memang dia tak tidur. Maybe sebab seronok sangat main dengan sepupu-sepupu dia. So saya pun join je lah tengok sekali.

Ni anak penyu.. Mak penyu akan kita lihat sebentar lagi.

Sebelum turun ke pantai, Pak Su beri taklimat sekejap kepada yang nak tengok penyu tu. Ramai gak dalam 30 orang rasanya termasuk family saya. Pak Su tu cakap, dekat je jalan dalam 150 meter dah sampai kat penyu bertelur tu. Sekali makk aihhh jauhh gilerrr dekat 1 km kami jalan.. Dah la penuh dengan rintangan, nak panjat batu-batu yang berpasir, dan pasir-pasir kat situ macam pasir jerlus ke apa bila jalan rasa macam kaki nak tenggelam je T_T Dengan saya yang kena jalan sambil dukung Aqeelah lagi, fuhhh memang penat. Nak patah balik pun dah tak guna, lagipun gelap sangat saya nak dok mana huhu. Tapi bila tengok mak ayah saya rilek je jalan, saya pun kuatkan semangat hehehe..
Kemudian sampai tempat yang dituju.. Suasana pun gelap je, memang tak digalakkan pasang torch light atau amik gambar guna flash. Sebab boleh menganggu konsentrasi penyu tu bertelur.

Ni la penyu yang dicari-cari en. suami sekian lama hehe

Tapi sayang, masa kami sampai tu Pak Su kata penyu tu baru lepas bertelur.. So sekarang dia akan kambus balik penyu dia. Kiranya kami terlambat sket la.. Tapi tak pe, bagi en. suami yang memang cintakan alam, dia memang dah cukup puas hati. Dia kata sejak kecik lagi dah lama dia teringin nak tengok penyu bertelur. Aqeelah pun nampak excited. Dia pun dah kenal penyu. Bila pegi Pasar Payang, laju je cakap 'turtle' bila nampak patung penyu. Kena la belikan satu sebagai kenang-kenangan.. Saya pulak takdelah excited sangat, setakat tengok jelah sambil melepaskan penat berjalan hehe.. Tapi memang serius penat nak jalan semata-mata nak tengok penyu..
Malam tu sampai rumah pun dekat pukul 12 malam. Dalam kereta baru Aqeelah tertidur...

Aqeelah dan sepupu, Aufa yang terbongkang kepenatan.. Esok kena bagun pagi-pagi sebab nak ke Kuala Terengganu pulak..

Oklah, siapa-siapa yang memang pencinta alam memang recommend la gi tengok penyu bertelur ni.. Kalau tak silap musim penyu bertelur ni dalam bulan 5 dan 6. Dah tengok sendiri, baru la pandai nak menghargai alam kan :)



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal