HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Friday, August 29, 2014

Birthday Party Aqeelah


Ini lama punya cerita.. Sebelum bulan puasa lagi haha. Punyalah pemalas nak update..

Disebabkan birthday Aqeelah yang ke-2 tahun jatuh pada bulan puasa, so saya dan en. suami plan nak buat awal. Sehari sebelum puasa. Buat simple saja di rumah mak saya. Plan nak buat kat McD, KFC la semua cancel hehe.. Menunya senang saja. Selain kek dan sate, untuk main course saya beli je wong solo satu set untuk setiap sorang. Haha dah jimat kat situ. Set Wong Solo ni murah je RM10.90 untuk satu set. Boleh pilih sama ada nak ayam bakar, ayam goreng, ayam penyet atau empal sapi. Sekali dengan air mineral water dalam cawan kecik tu. Jimat tak payah buat air hehe. Kita amalkan gaya hidup sihat dengan minum air kosong.

Kek pula, dulu berangan nak buat kek Elmo Sesame Street sebab cik Kilah suka sangat tengok Sesame Street. Tapi kakak yang buat kek tu cuti balik kampung pulakkk sebab nak puasa hari pertama di kampung katanya. So tak payah pening-pening kepala, kita beli saja kek dari Resepi Rahsia.

Kek Fruitilicious from Secret Recipe. RM120. Tapi serius memang sedap kek ni, langsung tak muak. Buah pun banyak kat dalam tu.

 Cik Kilah di hari kejadian. Dikelilingi oleh sepupu.

 Standby nak potong kek

Untuk goodie bag budak-budak, saya bagi biskut oreo paket kecik, air milo dan cereal honey stars/milo/koko krunch kotak kecik. Senang. Kos pun murah je. Takde aktiviti main games, jemput clown walaupun dalam hati mummy teringin sungguh nak buat camtu hehe. Nantilah tunggu Aqeelah dah besar sket, dia dah tau enjoy main dan berkawan, mungkin boleh buat.
Aihhh sekejap je dah besar anak dara saya.. Rindunya nak pegang dia masa baby dulu eheh. Insya-Allah, bulan 3 ni Aqeelah dapat adik ya :p



Wednesday, August 6, 2014

Tak Sabar Nak Tengok Disney Live: 3 Classic Fairy Tales


Amboii.. Tajuk paling tak boleh blah hehe.

Disebabkan cita-cita nak ke HK Disneyland terpaksa postpone lagi, so sebagai ganti, en. suami akan bawa saya dan cik Kilah pergi tengok Disney performance secara live!! Wahhh memang la saya sangat excited hehe. Inikan impian setiap orang budak perempuan masa kecik untuk jadi princess! :)



So inilah dia... Saya pilih tiket untuk category 1, RM185.. Kira oklah tu sebab seat belakang VIP je. Kalau nak beli yang VIP macam melampau sangat rasanya. So ini jelah yang termampu.. Tapi disebabkan saya beli masa promotion untuk early birds, so dapatla diskaun 15%.

Emm kalau cik Kilah tak enjoy show ni, memang mummy nangis T_T.




Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Haiii haii haiii lamanyaaa saya tak tulis dalam blog ni.. Tapi ada ke orang baca? ;P
Hari raya ni saya biasa-biasa saja. Tahun lepas pun biasa-biasa je. Kalau ada yang luar biasa hanyalah untuk cik Kilah kita haha.. Kalau dia baju berpasang-pasang pun tak pe. Tiap-tiap bulan mesti ada je baju baru. Mummy pun takde baju sebanyak dia T_T.



Ni pulak gambar pada hari raya ke-2. Masa ni otw balik ke Melaka, kampung belah mak. Tapi balik hari jelah. 

Aiii banyak lagi nak tulis pasal raya tapi nanti-nantilah sambung. Tengah banyak kerja T_T



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal