HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Monday, November 24, 2014

Ameerah Nur Jannah (my stillbirth experience - part 2)


Dalam pukul 10.30 am en suami anta msg cakap urusan mandikan dan kafankan baby dah selesai buat kat hospital. So dia nak balik untuk kebumikan baby pulak. Parents saya dan parents in law semua dah tunggu kat surau. Saya memang nak sangat suruh en suami singgah bawak baby sekejap untuk saya tengok sebelum dikebumikan. Tapi saya tak terdaya nak balas msg en suami. Air mata meleleh-leleh jatuh. Nurse yang sekali sekala datang tengok saya pun asyik cakap sabar banyak2 ye puan. Tapi tak dinafikan kat sini semua nurse dan doktor layan saya dengan baik. Maybe sebab diorang kesian kat saya.. 

Dalam pukul 11 am, nurse tolak saya dari labour room masuk bilik. Kali ni dr wan tunaikan janji, dia masukkan saya ke first class ward. Memang saya sangat-sangat appreciate apa ya ng dr wan buat, sebab kalau saya still dekat ward bersalin tu mesti saya lagi sedih. Yelah tengok orang lain kiri kanan ada baby masing-masing tapi saya takde... Petang tu dr wan datang tengok saya dan bagi semangat. Dia kata memang Allah mudahkan urusan saya sangat-sangat. Saya cuma induce sekali je dan sakit pun tak lama. Dan Allah akan bagi yang lebih baik lepas ni..

Untuk baby saya... Saya namakan dia Ameerah Nur Jannah.. 
Ameerah.. Maafkan mummy sebab mummy tak dapat peluk kamu.. Mummy sangat sedih bila tau yang kamu dah meninggal dalam perut mummy.. Mummy cuma sempat dengan kamu selama 26 minggu saja. Dah lebih separuh perjalanan kita dan sekarang kamu dah tak bersama mummy..Mummy mintak maaf sebab tak jaga diri mummy dan kamu dengan baik.. Mummy harap kamu sudi tunggu mummy di syurga sana... Mummy takkan sesekali lupakan kamu..





Ameerah Nur Jannah (my stillbirth experience)


Lama tak tulis dalam blog.. Sebenarnya banyak benda yang terjadi dalam 2-3 minggu ni.. Hari ni saya rasa dah ready nak abadikan di sini sebagai tanda ingatan yang takkan pernah padam.

30.10.2014- saya ke klinik kesihatan dengkil dengan ditemani suami dan aqeelah. Nurse di klinik desa yang suruh saya pergi sebab hb saya low, setiap kali check up dalam 9-10 macam tu saja. Padahal saya dah makan iberet folic. Ikutkan hati malas nak pegi.. Di KK Dengkil, hb saya ialah 11.6.. Saya pun happy jelah. Sampai la bila jumpa doktor dan doktor scan, dia detect something abnormal pada baby dan refer saya di hosp putrajaya.

4.11.2014- pergi ke hosp putrajaya. Doktor kat sana buat detail scan. Kemudian dia kata tunggu kejap, dia nak panggil pakar lain untuk scan. Saya terus rasa tak sedap hati, teruk sangatkah kandungan saya ni. Kemudian masuklah seorang doktor wanita yang agak senior, mungkin paling pakar antara doktor yang lain. Tapi bukan doktor tu sorang je masuk, ada lagi 3 orang doktor yang sama menempel kat situ. Total ada 5 orang doktor yang cek saya huhu. Doktor wanita yang senior tu pun scan perut saya. Dia siap buat pop kuiz lagi kat doktor lain, apa masalah saya ni. Tapi takde sorang pun boleh jawab. Dipendekkan cerita, dia kata kandungan saya memang bermasalah dan dia advise untuk termination of pregnancy, yang memang langsung saya tak terpikir pun... Kemudian dia buat surat rujukan ke PPUM dan nasihatkan saya untuk buat test air ketuban kat sana untuk tau causes masalah saya ni. Dia cakap lagi, bukan semua doktor kat malaysia ni yang boleh keluarkan surat termination of pregnancy. Antaranya ialah doktor di ppum. Date yang dia bagi untuk ke ppum ialah pada 13.11.2014 dan date untuk serah diri ke hosp putrajaya pada 20.11.2014.

12.11.2014- saya amik keputusan untuk dapatkan second opinion dari HKL. Kat HKL ni ada fetal-materna specialist ie dr baskaran. Saya pegi sini pun sebab kawan baik saya, nurul yang bawakan saya oegi jmpa dr aziah, pakar gynae dr KKM dan dia terus refer saya pada dr baskaran. Di HKL, ada doktor perempuan lain yang cek saya dulu sebab dr baskaran tak sampai lagi. Masa dia buat scan tu Memang dia langsung tak cakap apa-apa, serius je dan berkerut-kerut muka masa buat scan. Saya berdoa dalam hati yang miracles can happen, dan doktor akan cakap jgn risau baby kamu x apa-apa.. Habis scan dia panggil saya dan en suami masuk bilik. Dia terangkan serba ringkas, siap lukis gambar lagi keadaan baby saya sebenarnya. Pastu tetiba dia cakap, 'but im so sorry to tell u that your baby has passed away...' Masa ni automatik air mata saya turun dengan lajunya.. Baby yang saya kandung selama 26 minggu ni dah takde.. Takde miracle yang berlaku dan inilah kenyataan yang saya kena hadapi. Lepas tu saya dah tak fokus dengan apa yang doktor tu cakap, cuma en suami je yang bertanya. Pastu dia cakap petang ni dr baskaran akan cek saya lagi dan buat test amik air ketuban. So tunggulah kami sampai petang tu di HKL. Pukul 2 lebih dr baskaran pun sampai dan cek saya dan amik air ketuban untuk buat test. Dia pun ada terangkan pasal proses bersalin nanti, yang saya akan di induce sampai la bersalin. Tapi since baby dah takde, mungkin prosesnya akan ambil masa sikit.  Bila dr baskaran tanya bila saya nak masuk ward dan hosp mana yang saya nak pegi, saya terus terang cakap yang saya tak kisah mana-mana hosp asalkan saya dapat bilik sorang, sebab saya nak en suami temankan saya sepanjang proses tu. Time tu juga dr baskaran amik fon dia dan terus call ketua jabatan O&G di hosp serdang, dr wan hamilton. Maybe dia kesian dengan saya kot..

17.11.2014- saya dan en suami sampai di hosp serdang tepat jam 9 am. Aqeelah hantar siap2 ke taska.   Sebelum tu kami sempat lagi breakfast kat gerai dekat dengan rumah. Saya rasa perasan saya kosong masa ni. I guess i'm still on my denial.. Bayangkan 2 minggu lepas saya baru je shopping barang baby  kat alamnda, sekarang ni saya dah nak pegi bersalin.. Bezanya cuma baby tu dah takde. En suami pun tak cakap banyak hari tu, maybe dia tak mo tengok saya nangis.. Kat hosp serdang, dr wan hamilton buat proses yang sama, scan perut.. Sampai saya rasa pobia pulak time nak scan tu. Dr wan sangat baik.. Dia bagi kata-kata semangat pada saya dan suami. Dia terangkan yang buat masa ni dia tak boleh nak bagi saya single room, sebab first class semua di tingkat 8. Dia takut kalau ada apa-apa jadi, doktor tak sempat nak rush pegi tingkat 8. Jadi dia masukkan saya kat tingkat 5 dulu iaitu ward bersalin supaya senang doktor nak pantau.

18.11.2014- bermulalah episod saya duduk di hosp. Dalam ward saya buat hal sendiri. Bukan nak menyombong tapi saya seboleh mungkin tak nak orang tanya kenapa saya masuk ward, sebab perut nampak takla macam orang dah pregnant 9 bulan. Saya dah penat nak explain kat orang.. Pagi tu ada lawatan doktor pakar tapi dr wan takde. Ada sorang doktor tu tanya, 'masuk sebab darah tinggi ke puan?' Saya cuma jawab 'IUD (intrauterine death or stillbirth)'. Semua doktor kat situ macam terkejut and speechless.. Kemudian baru mereka tengok rekod saya dan cakap 'takpe puan rehatla dulu ye. Petang ni baru kita induce'. Saya tanya, brapa kali max induce dalam sehari? Doktor jawab max 6 dose sehari. Biasanya kalau kes macam saya maybe dalam 3,4 dos jugak kena sebab rahim tak matang lagi. Saya cuma angguk dan senyap. Dalam hati saya berdoa semoga allah tak uji saya dengan kesakitan yang terlalu lama.. Sekarang ni pun dah cukup sakit saya rasa.

3 pm- saya diinduce untuk kali pertama. The first 3 hours tu memang saya tak rasa apa-apa sampai saya risau, betul kot kata doktor yang first dose memang tak rasa apa-apa. Matron faridah dan matron sabariah datang lawat saya dan bagi semangat. En suami pulak memang saya tak bagi datang melawat waktu petang sebab saya nak dia temankan aqeelah. Pukul 8 pm, ada doktor lelaki datang untuk cek bukaan. Sakit betul dia buat VE sampai saya menangis. Dia kata baru bukak 1 cm. saya tanya perlu ke induce lagi, tak boleh ke tunggu jalan tu bukak naturally. Dia kata nanti dia tanya senior. Dalam bilik saya call en suami sambil menangis cakap sakit. Terus en suami kata dia nak datang tengok walaupun masa tu waktu melawat dah abis. Sambil saya masih lagi menangis tersedu-sedu sebab tak tahan sakit kena selut tadi, doktor laki tadi tu pun datang dengan muka bersalahnya dan cakap, ''puan, saya dah tanya senior. So pukul 4am nanti kita induce lagi ya..'' Lepas doktor tu balik, saya pun terus solat isyak dan solat hajat mohon dipermudahkan segalanya. Tak lama lepas tu en suami pun datang, lepas pulak dia dengan guard huhu. Saya cuba tidur dengan en suami setia menangi di sisi. Tapi tak lama sebab lepas tu mak guard dah cari dia suruh balik.

Masa tu saya dah start rasa macam period pain tapi still boleh tahan lagi. Saya nak tidur tapi tak boleh. Saya keluar jalan-jalan sekitar ward. Kemudian saya tiba-tiba rasa nak muntah, cepat-cepat saya mashk bilik dan muntah dalam toilet. Rupanya ada nurse yang perasan saya muntah. Doktor laki  VE tadi pun datang balik dan bagi saya ubat tahan muntah secara drip di tangan. Masa tu saya dah mula rasa pening, sakit period pain dan mengantuk. Tapi saya tak boleh tidur. Dah berapa hari saya tak boleh tidur sejak saya tau baby dah meninggal dalam perut. Saya banyakkan baca doa nabi yunus, makan kurma maryam sebagai tenaga untuk bersalin nanti. Pukul 3.30 am saya siap-siap sebab nanti pukul 4 am kan nak induce lagi. Masa tu la saya cakap dengan baby, ''baby, keluarlah nanti ye. Senangkan mummy, jangan biar mummy sakit lama-lama.. Mummy redha sayang...'' Sambil air mata laju je turun. Pukul 4 am, sakit makin terasa tapi saya takut nak tekan bell panggil nurse sebab takut nak buat VE. Biarla dia buat sekali masa induce nanti. Tapi dah 4.10 am doktor masih tak datang, saya dah tak tahan akhirnya saya tekan bell dan kebetulan masa tu memang doktor dan nurse dah otw ke katil saya untuk second induce. Saya bagitau doktor yang saya dah sakit sangat dan rasa macam ada benda nak keluar. Terus diorang tolak katil saya ke labour room. Sebelum tu saya sempat ambik fon dan call en suami cakap dah nak masuk labour room. Tak sempat nak tukar katil, saya cakap dah rasa nak keluar dan doktor suruh saya push je. Lepas 3,4 kali teran, baby pun keluar. Terus saya menangis.. Orang lain bila bersalin dengar tangisan baby, tapi saya tak... Saya tak sempat pegang babh saga pun sebab nurse cakap kalau saya tengok lagi saya sedih. Diorang terus bersihkan baby dan bawa ke bilik mayat. En suami sampai, terus dia kucup dahi saya. Masa tu doktor tengah seluk rahim untuk cek ada tak sisa uri tertinggal. Lebih 10 kali dia seluk saya dah takde rasa apa-apa.. Kemudian nurse suruh husband tuntut baby di bilik mayat. Tinggallah saya sorang dalam labour room. Dalam hati memang saya ralat sebab tak dapat pegang baby... Saya nak request untuk saya tengok baby sebelum dia dikebusmikan. Tapi Saya takut hati saya tak kuat






 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal