HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, September 30, 2014

Makanan Fave Aqeelah


Pagi-pagi sampai ofis macam biasa saya akan naik ofis dulu, punch card pastu baru turun hantar cik Kilah pergi taska.
Tapi sebelum gi taska kena la singgah cafe dulu kan. Dia ni kalau saya tak singgah cafe meraung-raung nanti. Jalan nak gi cafe pun dia tahu.

Sampai cafe mintak roti canai. Aihh roti canai.. Teringat cikgu dia cakap cik Kilah memang suka kacau roti canai kawan dia tu nak makan sekali. So saya pun order la. Paling tak tahan kuah dal pun dia tunjuk, means dia nak kuah tu huhu mana anak mummy belajar makan roti canai cicah kuah dal mesti kat sekolah ni.

Sampai taska, elok je duduk makan.

Mula-mula cabut getah dulu..

 bukak wrapper roti canai pulak..

 Pandainyeee duduk bersimpuh

 Ok kasi cicah kuah dal sket...

 Jeling-jeling sekeliling takut-takut orang nak amik roti canai dia hahaha...

Baru-baru ni cik Kilah demam teruk dekat seminggu jugaklah.. Pergi az-zahrah sampai 3 kali risau punya pasal T_T. Sekarang baru nampak berselera sket dia makan. Oklah kan asalkan dia makan.. Susu memang dia taknak minum. Saya still tengah survey lagi susu apa yang agak-agak dia nak minum ek... Susu coklat macam tak sesuai nanti rosak gigi dia huhu.



Monday, September 29, 2014

Borong Bunga di Floristika Bangsar


Baru-baru ni adik saya yang bongsu kawin.. Ni la wedding yang last dalam family saya. Lepas ni nampaknya kena la tunggu anak sedara saya yang baru umur 10 tahun punya wedding hehe.. 

So sebagai seorang kakak yang prihatin, saya pun amik keputusan untuk sponsor gubahan hantaran bagi pihak lelaki. Cadangnya nak buat fresh flowers sama macam masa saya kawin dulu. Sekali survey tengok harga makk aihhh boleh cecah beratus untuk sebiji dulang! Masa saya kawin 3 tahun lepas pun saya dapat harga RM25 sedulang huhu, tu pun disebabkan saya baik dengan akak di ofis lama. Dia memang tokey kedai bunga, so dia cuma charge saya harga bunga saja katanya. Tapi kali ni segan pulak saya nak contact balik akak tu, yelah diakan bisnes, kita suka hati je nak mintak murah-murah hehe..

Lepas bincang-bincang dengan kakak-kakak saya yang lain, kami pun decide untuk gubah sendiri je hantaran. Fresh flowers kami beli sendiri. Lepas google, banyak bloggers yang cadangkan supaya beli bunga di Floristika Bangsar sebab murah katanya. So weekend saya pun paksa en. suami dan angkut sekali cik Kilah ke Floristika Bangsar heeee...

Tadaaa.. Ni la dia Floristika. Senang je cari guna waze

 Suasana di dalam

Floristika tu tak silap saya ada 2 tingkat. Tingkat bawah untuk fresh flowers. Atas bunga tak segar haha.. Pastu ada jugak jual riben, bakul, sponge dll. Basically bahan-bahan yang diperlukan untuk gubah bunga la. Masuk kat dalam part jual fresh flowers fuhh sejuk gila, saya pun tak tahan nak masuk lama-lama tapi cik Kilah selamba je, dah la dia pakai skirt pendek masa tu.
Cik Kilah dan daddy selamba bergambar dalam kesejukan

Korang layan jelah gambar-gambar bawah ni ye. Bebel banyak-banyak pun tak geti hehe.
Ada jugak jual bunga yang dah siap gubah

 Kalaulah en. suami belikan untuk saya haishhh

 Saya suka bunga ni.. Tapi tak tau nama

 Harga untuk bunga ros merah. Saya tak jadi amik bunga ros sebab ros lambat kembang, takut tak cantik nanti dulang. So kita amik bunga yang dah sedia kembang.

Jadi, apakah bunga pilihan saya?
Saya amik gerbera merah dan putih.. Haha simple je, nak tunjuk pun segan sebenarnya sebab saya budak baru belajar.. Kos baru RM1 untuk sekuntum bunga gerbera. Saya amik 40 merah dan 40 putih. Baby breath tu RM28 untuk sedozen. Tea leaf tu pulak RM18 kalau tak silap

 Nak jugak menyelit haha.. Konon-konon nak tiru hantaran saya la dulu kononnya.. Dulu saya guna ros merah dan putih. Jadilah sikit-sikit kan.. Yang penting jimat kos :)

Oklah tu je nak cerita. Masa rehat dah abis :(



Monday, September 15, 2014

Borong Perfume Di Isetan KLCC

Amboii tajuk macam banyak je duit borong kat KLCC kan ;)

Sekarang ni Isetan KLCC tengah buat cosmetics clearance sale. Segala macam kosmetik, barang mekap, parfume dijual murah-murah. So bila en. suami tanya nak pergi ke tak, haruslah nak pergi kan. So pukul 10 dah gerak dari rumah. Tak sampai setengah jam kami pun sampai. Sungguh cekap en. suami bawak keta hehe. 

Sampai-sampai je memang rambang mata lah.. Cik Kilah pun sampai lupa nak tengok hoho sungguh bahaya tu, jangan tiru perangai saya ye. Nasib baik en. suami memang dah target perfume apa dia nak beli, so takdelah dia melilau sangat dan bolehlah jagakan Cik Kilah. Saya ni je yang rambang mata, banyak kali gak tawaf tempat tu sebab nak cari perfume yang berkenan walaupun tempat tu xdelah besar mana. Penat asyik test bau je, last-last saya mintak salesman tu suggest je kat saya perfume apa yang best sebab saya suka bau yang sweeeetttt.. eheh perasan muda remaja padahal tahun depan nak masuk 30 dah *nanges*.

Akhirnya.. Perfume pertama
yang saya pilih ialah yang ini:
Meow by Katy Perry. Bau dia ummmm so sweet.. Memang fave saya bau manis-manis ni hehe. Ada bau macam Midnight Fantasy Britney Spears sket, tapi Britney lagi best kot. RM125 for 100ml.

 Secondly.. Dazzle by Paris Hilton.

Kalau rasa-rasa nak feeling ala-ala Paris Hilton bolehlah pakai yang ini hehe. RM105 for 125ml

Pastu en. suami komplen perfume saya semuanya yang manis-manis, langsung tak menunjukkan ciri-ciri seorang profesional huhu boleh pulak. Asyik nak flirty-flirty je kan hehe. So for a change, saya pun amik la yang ini:
Versace Pour Femme. So kalau nak rasa feminin tak nak jadik girly-girly dah saya pakai la yang ini hehe. Beli 30 ml je, RM79.

Tadaa... Hasil tuaian pada hari kejadian. Intimate Beckham tu en. suami punya. Sampai 2 kotak dia beli haa.. Harga RM99 untuk 30ml. Ni semua en. suami belanja hehe tqvm *kisses*

Ada jugak perfume lain yang berkenan macam Anna Sui, botol kaler purple tapi tak ingat tajuk apa. Yang tu pun sangat sweeetttt... Tapi sebab dia tak de yang botol besar, cuma ada 30ml sekali dengan body lotion so saya rasa macam membazir pulak beli sebab saya memang tak pakai body lotion. Harga RM94 kalau tak silap.

Ohh mesti ada yang tak caya kan yang Isetan jual semua ni murah-murah? Ok cuba tengok gambar di bawah:

Percaya ke tak??

 Moschino Pink Bouquet.. Yang ni pun best gak bau tapi tak beli.

See.. Murah kan RM65 sahaja untuk 50ml.. Kedai duty free pun belum tentu dapat harga ni

 Mekap brand Revlon, Maybelline, ZA, Stage dll pun ada jual. Saya sempat rembat lipstik Revlon tu harga RM20 je hehe. Beli jugak 2-way compact powder RM25 sahaja. Kalau kat drug store around RM70++. Manufactured date dia tahun 2013. Bukan barang lama tau.

Memang rambang mata.. semua nak beli


So cepat-cepatlah beli ye. Esok kan cuti Hari Malaysia. Rasa-rasa nak ajak en. suami pergi lagi la ehh?? Hehe.. :)





 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal