HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Monday, January 20, 2014

Pengalaman Saya Terkena Breast Abscess II


Aqeelah at 1 year and 6 months old
 
Rujuk sini untuk baca Pengalaman Saya Terkena Breast Abscess I


Ok, hari ni sambung cerita saya yang terkena breast abscess. 

Selepas abis bekalan ubat dari klinik Az-Zahrah tapi saya still tak baik, saya ambil keputusan untuk ke klinik kerajaan pulak. Hari Sabtu, 14 Oktober 2012 sebelum menyerah diri kepada doktor, saya sempat lagi hadir ke Majlis Konvokesyen LL.M saya di UKM. Kalau ikutkan memang tak nak pergi sebab masa tu rasa sakit memang tak tertanggung. Tapi saya gagahkan diri sebab mengenangkan inilah harinya saya menghargai titik peluh saya belajar, dengan usung perut pergi ke kelas lepas waktu belajar *masa ni saya tengah pregnantkan Aqeelah*, dengan morning sickness lagi.. So haruslah saya pergi kan.. En. suami pun sempat lari kejap dari training dia di Puchong *kursus persediaan sebelum ke Jepun untuk 3 bulan* untuk temankan saya.

Isnin, 16 Oktober 2012.. Saya pun menyerah diri ke KK Bangi dengan ditemani parents saya. Hari yang sama juga en. suami fly ke Jepun. Flight malam.

Di KK Bangi, doktor perempuan yang check saya. Bila dia tengok keadaan miss B saya, terus dia lahirkan rasa simpati beliau. Dia keluarkan surat untuk saya ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang dengan SEGERA.

Tapi saya tak terus pergi ke hospital. Sebab doktor tu cakap besar kemungkinan doktor sana akan tahan saya. So saya pun balik ke rumah, kemas baju, amik breast pump untuk pump sepanjang di hospital nanti, dan bye-bye pada Aqeelah yang masa tu hanya berumur 3 bulan. Sedihnya masa tu Allah je yang tahu bila saya terpaksa tinggalkan baby dengan kakak ipar saya.

Kat hospital Serdang, mula-mula saya diperiksa oleh doktor biasa. Pastu doktor tu panggil lak pakar untuk datang check saya. Kemudian datangla segerombolan doktor pakar, dalam 5-6 orang untuk check saya. Semua lelaki pulak tu huhu.. Tapi masa tu saya dah tak de masa nak fikir pasal malu, saya pasrah saja asalkan saya cepat baik. Dalam hati saya berdoa jugak supaya saya tak kena admit.. Tapi alangkah kecewanya saya bila salah-sorang dari doktor tu cakap mereka terpaksa tahan saya di wad dalam 3-4 hari, sebab saya akan dibedah :(

Jadi malam tu, bermalamlah saya di Hospital Serdang di Ward 6B.. First time saya tidur sorang tanpa baby. Hanya breast pump jadi teman setia. Malam tu jugak en. suami fly ke Jepun. Sedih tak payah cakaplah.

Esoknya, kumpulan doktor pakar yang sama datang melawat saya lagi. Saya dijadualkan untuk buat ultrasound pada miss B pagi ni, untuk tengok banyak mana dah abscess kat situ.. Proses ultrasound tu sama macam yang kita buat masa nak scan baby kat perut tu.. tapi kali ni kat miss B pulak. Masa doktor buat ultrasound, saya sikit pun tak tengok kat skrin tu. Takut satu hal, rindu kat Aqeelah satu hal. Pas tu dia tandakan 'X' guna marker pen kat the affected area. 

Petang tu, doktor datang lagi melawat bersama keputusan ultraound. Doktor cakap saya ada 2 pilihan, pertama ialah buat pembedahan kecil iaitu incision and drainage (I&D). Yang kedua buat aspiration. Yang ni tak payah operate, cuma saya kena tahan kena cucuk dengan needle untuk sedut nanah tu.. Tapi tak kan boleh hilang dengan sekali sedut. Kena buat banyak kali. Saya tanya doktor apa yang dia recommend? Dia kata memandangkan saya masih muda lagi, dia suggest untuk buat aspiration je so that takdelah parut kat miss B. Tapi saya kena banyak sabar lah. Saya pun ikut je sebab kalau operate lagi la saya takut hehe..

Oh ye, doktor ada nasihatkan saya supaya buang je susu yang saya pump dari breast kanan yang terkena abscess tu. Dan jangan bagi pada baby.

Rabu, saya pun mula menjalani aspiration. Mak aihhhh sakit tak yah cakaplah. Dah la tak bius. Bila doktor sedut dengan jarum tu, bunyi dia macam paip air yang tengah clogged tu sebab takde air. Eh boleh ke korang bayangkan? Hehe. Pas tu jarum tu pulak dia pusing-pusing carik mana lagi nanah yang beranak-pinak tu..

Petang Rabu saya dah dibenarkan keluar. Saya tengok bil, rm1.3k++.. Tapi sebab saya government servant, alhamdulillah tak payah bayar.. Saya dapat mc untuk 2 minggu. Tapi tak best gak sebab kena ulang-alik hospital untuk buat aspiration.

Sejak dari tu, bermulalah hidup saya sebagai pengunjung tetap hospital Serdang.. Selang dua hari sekali saya kena pergi. Sampai la saya fully discharge pada mid of December..

Dan sekarang.. alhamdulillah parut kesan breast abscess tu dah tak de.. Sampai ke hari ni, pada umur Aqeelah setahun 6 bulan, dia masih menyusu badan tanpa bercampur sedikit pun FM alhamdulillah.. Pengalaman ni hampir membuatkan saya berputus-asa untuk terus susukan Aqeelah. Yelah sebab susu yang belah kanan tu kan kena buang, so saya selalu takut yang Aqeelah tak cukup susu.. Tapi saya berjaya yakinkan diri dan terus susukan dia macam biasa.

Pada yang senasib dengan saya tu... Pesan saya anda semua kena kuatkan semangat! Cari sebanyak mungkin info pasal BF, join BF support group.. Dan sokongan dari suami pun penting.. Cuma anda yang boleh berikan yang terbaik untuk anak anda.

Sekian.. Dah tak mo dah kenang kisah sedih ni lagi hehe.

Pengubat duka




3 comments:

  1. salam puan. saya sedang mengalami breast abscess. berape kali puan buat aspiration sehingga discharge tu ye? setakat ini sy dh bt 4 kali aspiration..

    ReplyDelete
  2. Saya ada ketulan kecil, pergi check di hospital Assunta, pakar bedah doktor lelaki India, Dr Krishnan
    Dia check pakai tangan je, dia kata benda tu fibroadenoma
    Suami mintak nak masuk temankan tapi tak dibenarkan, kalau suami masuk dia mesti cemburu punya 😂
    Dah lah bukak habis tudung, baju dan bra, disuruh berbaring, kedua2 tangan doktor menguli uli tetek saya macam uli tepung😂
    Yang malunya bila puting tetek pun dia picit2, geli lah😂
    Ada nurse saja temankan

    ReplyDelete
  3. Lepas check berbaring, kena duduk pulak, disuruh angkat tangan, check ketiak bagai, check sekali lagi kedua2 belah tetek, pastu disuruh tunduk membongkok sedikit doktor nak tengok kondisi tetek
    Kalau suami saya tengok mesti mengamuk😂

    ReplyDelete

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal