HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Sunday, February 15, 2015

Mini Cooper Untuk Aqeelah


Perbualan suami isteri pada sewaktu petang yang sunyi:
 
Saya: Abang, apa kata kita beli hadiah birthday awal untuk Aqeelah sebelum bermulanya GST?
 
Suami: Bagus juga tu. Nak beli apa?
 
Saya: Kan hari tu dia sibuk-sibuk cakap pasal beskal Hello Kitty..
 
Maka Ahad lepas bermulalah pencarian kami anak-beranak basikal Hello Kitty yang diidam-idamkan cik Kilah ni. Menurut sumber-sumber dari kawan-kawan en. suami, di Chow Kit paling murah jual basikal budak-budak as compared to Nilai 3. So mummy and daddy pun memasang impian tinggi untuk mencari basikal Hello Kitty idaman Aqeelah.
 
Tapi takde! Frust sungguh. Kami masuk ke setiap kedai basikal di Chow Kit tapi takde yang jual basikal Hello Kitty. Yang ada macam jens scooter tu seperti gambar di bawah:
 
 
Memang cantik dan harga pun murah. Tapi awak tak pandai main lagi le saying.. Tunggu dah besar sket nanti mummy beli eh.
 
Ada la jugak 2,3 jenis basikal yang bukan Hello Kitty yang cik Kilah try main tapi gaya excited tiada di situ. Maka tahulah kami suami isteri yang cik Kilah memang tak minat langsung dengan basikal yang dijual di Chow Kit.
 
Pastu orang kedai tu offer naik Mini Cooper.. Tadaaa...
 
 
 
Hohoho masa ni baru Nampak muka cik Kilah excited sket nak main.. Kereta ni boleh bergerak sendiri, just tekan pedal macam kereta biasa tu. Nak guna remote control pun boleh. Siap ada MP3 lagi *nanges*
 
 
Pastu kita try kaler putih pulak. Sebab kereta mummy n daddy dua2 kaler putih so anak pun kena la amik kaler putih gak! :)
 
 
Bapaku pulang dari kota.. Bapaku belikan kereta.. Kereta kecil warna putih, boleh ku bawa ke sekolah~~
 
Jadi kata sepakat diambil, kami pun beli jelah Mini Cooper tu untuk Aqeelah.. Harganya masih reasonable dari yang kami survey kat internet ada yang sampai RM400++.. Tapi yang ni cuma RM280 sahaja. Bolehlah setahun sekali kan *poket rabak*
 
So kalau ada yang nak beli, saya suggest korang pergi kat kedai ni:
 
 
Haaa ingat tau kedai ni! Bukan nak promote, tapi kedai ni paling senyap, paling bersih, paling mesra alam compare dengan kedai lain! Harga memang lebih kurang sama, tapi yang saya perasan kedai lain diorang just susun timpa kereta tu banyak2 sampai ada yang kemek! Kedai ni Nampak bersih dan teratur sikit sebab kereta dia semua berkilat-kilat!
 
Oh ye selain Mini Cooper, ada jugak Audi, BMW, Range Rover dan kereta-kereta lain yang tak mampu nak beli so marilah kita beli kereta mainan saja haha.. Sama macam kereta betul, yang mainan ni pun lagi mahal brand, lagi mahal kereta mainan tu. So Mini Cooper ni among the cheapest la *nanges lagi*
 
Ok dah beli kereta.. Jom test drive :)
 
 
Pewittt anak dara sape ni
 
 
Bagi sepupu, Hadif main pulak.. Bagus anak mummy ni kita main sama-sama kan! :)
 
 
Amik hati sket, lepas ni bolehlah tumpang hehe
 


 
Macam mana cik Kilah best ke kereta tu.. Jimat sket duit mummy takdelah asyik nak mintak naik kereta Hello Kitty kat Alamanda tu.. Sekali main RM2.. Tapi main sampai 5 trip.. Kalau setahun?
 
Oklah tu aje nak cerita.. Mummy pun takde kereta Mini Cooper, daddy belanja satu yang betul punya boleh?? Hehe :p




2 comments:

  1. TQ for sharing. Jenuh google carik kat mana ada jual kereta mainan ni sbb husb nak beli utk anak buah dia. hehehe. :)

    ReplyDelete
  2. Dan boleh saya tahu landmark kedai ni? Sbb google kedai dia tak jumpe. Chow kit tapi kat belah mana ye? Tq. :)

    ReplyDelete

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal