Pengajaran untuk saya.. Dan juga ibu bapa di luar sana.
Semalam, tepat jam 5.30 pm saya punch card dan terus amik anak di taska di level 2.. Dan kami naik lift turun ke basement dan menuju ke kereta.
Dan macam selalu... Aqeelah akan amik kunci kereta dari tangan saya untuk dia pegang. Dia memang suka standby pegang kunci siap-siap dan cuba-cuba untuk tekan unlock button. Tapi memang selalunya dia tak pernah berjaya. Cuma cuba-cuba saja.. Saya la yang tekan unlock button tu.
Kemudian, saya pun letak la dia dalam baby car seat, pakaikan dia seat belt, letak handbag saya dan beg chipmunk dia dalam kereta. Kemudian saya pun tutup pintu kereta, nak berjalan ke arah pintu driver.
Tiba-tiba...
Tittt Titt Titt
Ya Allah, tu bunyi alarm tanda kereta dah dikunci!!
Dengan paniknya saya patah balik ke pintu sebelah driver, dan Aqeelah masih memegang kunci tu!! Dan kali ni dia berjaya tekan button, tapi tu lock button..! Saya panik, suruh Aqeelah tekan lagi button. But still dia tekan lock button. Saya makin panik. Aqeelah mula menangis, mungkin sebab dia tengok saya masih kat luar, kenapa tak masuk dalam kereta lagi.
Saya pun berlari mencari bantuan, kebetulan masa tu ada seorang yang lalu kat situ. Dia pun pergi ke kereta saya. Masa tu Aqeelah dah nangis sekuat hati sebab saya tinggalkan dia. Lepas tu orang mula ramai mengerumuni kami, ingin tahu apa yang terjadi. Salah-seorang dari mereka menelefon Unit Keselamatan untuk minta bantuan.
Tak lama lepas tu datang la orang dari Unit Keselamatan. Diorang suggest untuk pecahkan je cermin kereta. Dah call bomba tapi bomba lambat sampai. Saya terus setuju, tak kisahlah asal anak selamat. Tapi bila nak pecah, satu masalah lak timbul sebab saya pasang tinted anti-theft, so memang amik masa untuk dipecahkan. Saya rasa dalam 20 minit Aqeelah terperangkap. Bayangkan dengan panas sebab kat dalam basement, terkurung dalam kereta lagi, enjin pun tak hidup.. Ya Allah kesian anak saya.. ;( Maafkan mummy sayang..
At last, berjaya keluarkan Aqeelah.. Aqeelah terus diserahkan kepada saya. Kami anak-beranak sama-sama menangis.. Saya tak dapat bayangkan kalau saya kehilangan Aqeelah... Ada jugak yang tanya, kenapa saya tak tunggu bomba or panggil orang Honda datang bantu. Sayang sebab kereta baru..tetapi sanggupkah anda nak tunggu diorang sampai? Kejamnya saya kalau saya biarkan Aqeelah kepanasan di dalam; semata-mata nak selamatkan cermin kereta dari kena pecah... Oh saya tak sanggup. Cermin kereta boleh diganti, tapi anak..??
Keadaan kereta selepas kejadian.. Orang dari Unit Keselamatan tolong balutkan dengan plastik hitam. Terima kasih saya ucapkan pada penyelamat anak saya.. Saya tengok sampai luka tangan dia pecahkan cermin :(
Saya bersyukur sangat.. Allah swt masih izinkan untuk saya terus bersama anak saya...
No comments:
Post a Comment