HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Monday, June 2, 2014

Beli iBaby Monitor

Dah besar dah Cik Kilah ni.. Perlu lagi ke guna baby monitor?

Dulu masa Aqeelah tiba-tiba tak suka pergi taska, ada la jugak saya survey beberapa baby monitor. Konon-kononnya nak letak kat taska hehe.. Dan salah-satu brand yang saya survey ialah iBaby Monitor from Apple. Tapi masa tu harga 7,8 ratus macam tu.. So rasa membazirpulak, lagipun monitor tu besar mana nak sorok.. Tetiba last week en. suami whatsapp kat crazybuy ada promo cuma RM349 sahaja.. Memang la rasa tertarikkk sangat, dah murah sangat la tu kan..Tapi Aqeelah dah besar dah, perlu ke beli? En. suami pulak cucuk jarum, boleh guna untuk next baby nanti oppss  hehhehe ;) Cepat-cepat klik klik terus beli..

Dan hari ni sampai la parcel yang dinanti. Ooo bagusnya crazybuy ni tak payah tunggu lama-lama. Kadang-kadang beli kat Mydeal ke, Groupon ke memang berbulan nak tunggu barang sampai.

iBaby Monitor yang manjadi dambaan para ibu bapa di luar sana. So lepas ni boleh selalu tengok baby walau di mana jua anda berada

Rupa di dalam

Malam ni mesti mau test..! Kalau bagus boleh buat review. Hai cepat-cepatlah dapat baby lagi sorang ;)



No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal