HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, June 17, 2014

Makan di Patin Place (My Kampung Food)


Minggu lepas, kawan baik saya di ofis, Nurul belanja saya makan sempena birthday saya kat sini..

Patin Place-My Kampung Food- 

Baru tau kat Puchong pun ada tempat makan ikan patin yang agak famous jugaklah.. Ingatkan kalau nak makan ikan patin kena gi Temerloh hehe.. Tapi bukanlah ikan patin yang harga ribu-ribu tu.

Ikan patin yang menjadi mangsa kami berdua. Tak ingat nama masakan ni.

Sampai-sampai je ikan patin tu, saya dengan Nurul pandang-pandang eh eh besarnya ikan ni boleh habis ke makan berdua hahaha.. Sampaikan orang dekat meja sebelah pun tertoleh-toleh tengok ikan kami yang besar itu.. Orang lain cuma order ikan kecil yang dah dipotong, tapi si Nurul ni pergi order seekor ikan hahaha..
Tom Yam yang lazat yang amat...

Turut dinikmati bersama ialah tom yam campur yang memang fuhh terbaik laa.. Lebih sedap dari tom yam kat Wan Thai Langkawi atau yang saya pernah rasa di Krabi haha melampau tak, Tapi serius memang sedap sangat...! Sampai sekarang teringat-ingat tom yam ni. Rasa ikan patin dia pun sedap.. Semua pun sedaplah. Lepas ni nak ajak ayah pulak sebab ayah saya suka makan ikan patin. Oh ye harga untuk seekor ikan patin besar tu dalam RM68.. Tapi tokey kedai tu bagi kami diskaun 10% lagi siap tulis dalam resit ada diskaun hehe..
Paling tak tahan, Nurul boleh pulak cakap dengan tokey kedai tu yang kami makan kat situ sebab nak celebrate birthday saya.. Terus tokey kedai tu kata dia nak belanja banana split sambil wish saya happy birthday.. Wahhh memang terbaik punya servis kedai ni, higly recommended hehe.. Sampaikan waiter yang bawak banana split tu pun wish saya happy birthday :)

Banana split yang dibelanja oleh tokey kedai. Dah kata free kan. Semua pun sedap.

Dan lastly.. tokey kedai tu ambil gambar kami dan upload dalam facebook haha.. Sebab saya takde facebook, so tengok kat facebook Nurul jelah.
Hahaha rasa famous pulak dapat masuk dalam fb tokey kedai.

Lepas ni memang saya plan nak datang lagi. Kali ni nak bawak en. suami dan parents :)



No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal