HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Friday, August 29, 2014

Birthday Party Aqeelah


Ini lama punya cerita.. Sebelum bulan puasa lagi haha. Punyalah pemalas nak update..

Disebabkan birthday Aqeelah yang ke-2 tahun jatuh pada bulan puasa, so saya dan en. suami plan nak buat awal. Sehari sebelum puasa. Buat simple saja di rumah mak saya. Plan nak buat kat McD, KFC la semua cancel hehe.. Menunya senang saja. Selain kek dan sate, untuk main course saya beli je wong solo satu set untuk setiap sorang. Haha dah jimat kat situ. Set Wong Solo ni murah je RM10.90 untuk satu set. Boleh pilih sama ada nak ayam bakar, ayam goreng, ayam penyet atau empal sapi. Sekali dengan air mineral water dalam cawan kecik tu. Jimat tak payah buat air hehe. Kita amalkan gaya hidup sihat dengan minum air kosong.

Kek pula, dulu berangan nak buat kek Elmo Sesame Street sebab cik Kilah suka sangat tengok Sesame Street. Tapi kakak yang buat kek tu cuti balik kampung pulakkk sebab nak puasa hari pertama di kampung katanya. So tak payah pening-pening kepala, kita beli saja kek dari Resepi Rahsia.

Kek Fruitilicious from Secret Recipe. RM120. Tapi serius memang sedap kek ni, langsung tak muak. Buah pun banyak kat dalam tu.

 Cik Kilah di hari kejadian. Dikelilingi oleh sepupu.

 Standby nak potong kek

Untuk goodie bag budak-budak, saya bagi biskut oreo paket kecik, air milo dan cereal honey stars/milo/koko krunch kotak kecik. Senang. Kos pun murah je. Takde aktiviti main games, jemput clown walaupun dalam hati mummy teringin sungguh nak buat camtu hehe. Nantilah tunggu Aqeelah dah besar sket, dia dah tau enjoy main dan berkawan, mungkin boleh buat.
Aihhh sekejap je dah besar anak dara saya.. Rindunya nak pegang dia masa baby dulu eheh. Insya-Allah, bulan 3 ni Aqeelah dapat adik ya :p



No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal