HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Sunday, March 8, 2015

Makan di Nathan's Famous dan Dip n Dip

 
 
Ahad lepas plan asal nak bawak Aqeelah pergi taman main kereta Mini Cooper dia.. Tapi pukul 11 tu cik Kilah tido tengahari pukul 1.40 pm baru bangun.. Lunch pun tak lagi memang kelaparan la kan.. En. suami pun mengusulkan supaya lunch merangkap dinner di IOI Putrajaya sajork.. Kalau sempat baru pergi taman..
 
 
Kali ni nak try makan kat Nathan's Famous.. Sebelum ni pernah try tester diorang masa pergi tengok ice skating tapi macam tak minat pulak nak makan sana. Lepas baca history pasal Nathan's Famous kat Mynewshub terus tertarik nak cuba. Jadi moh le kita ke sana...
 
 
Sampai-sampai tengok deko dia yang menarik..
 
 
Pilihan menu yang ada
 
Cik Kilah tak sabar tunggu makanan.. Laparla katakan.. Cara order sama macam fastfood biasa, bayar dulu kat kaunter nanti diorang anta makanan.
 
Yeayy dah sampai! Ni daddy punya, nama dah lupa tapi ada cheese...
 
 
Ni lak mummy punya share dengan Aqeelah.. Ni chicken tenders..
 
Nathan's Famous ni asal dari New York kalau tak silap.. Dan baru saja dibawa ke Malaysia dan yang pertama ni Asia. Kalau sesape nak buat franchise pun boleh..
 
Macam mana rasa dia? Bagi saya memang sedap! Saya yang tak suka sangat hotdog pun boleh layan. Tapi portion dia agak kecik and quite pricey la.. Total dua set makanan di atas adalah RM40++. Tapi pastu en. suami tambah lagi beef (hotdog saja + roti) untuk cik Kilah sebab macam tak cukup.. Portion dia just nice saja untuk orang yang berdiet kot hehe.. Kalau makan kat Chilis or Tony Romas pun dengan harga macam ni lagi kenyang kot.. Tapi sedap tu memang tak dinafikan.
 
 
Aqeelah tengah cakap kat mummy sedappp kann mummy makan sini! Laju je budak kecik ni makan huhu.
 
Mummy tolong amikkan fries..!
 
 
Budak yang happy sebab dah kenyang
 
 
Daddy soh posing pun layan je sebab suka hati dah kenyang hahaha
 
Tapi mummy tak kenyang lagi.. Adoiii macam mana nak kurus ni T__T. Terus en. suami kata jom la pergi Dip n Dip.. Dari hari tu kata nak makan so dah alang-alang kat sini jom makan.. Mummy sengih-sengih je yesss makan lagi! Hehe..
 
Sampai Dip n Dip makk aihh ramainya orangg.. Nasib baik tunggu sekejap je dah dapat seat. Tapi tunggu makanan sampai punyalah lama sampai setengah jam. yelah orang tengah ramai kan, ahad pulak tu,
 
 
Order Ckassic Brownie.. Ohhh yang ni sangatttt sedapppp kkkk takkkk tipppuuuu
 
 
Ada ice cream gak..
 
Cik Kilah makan tak pandang kiri kanan dah.. Siap mintak tambah lagi tu!
 
Saya cuma order yang ni saja sebab saja nak rasa-rasa kan.. Dan tak dilupa mineral water untuk neutralkan balik rasa yang manis itu.. Tanya ada tak warm water memang diorang tak provide.. Saje je nak soh orang beli mineral water tu kan.. Ok next time kita order benda lain pulak..
 
Aihhh bila la nak kurus balik ni :( Rasanya pasni kena buat entry lain pasal nak kurus pulak hiihii :)




Tuesday, March 3, 2015

Lawatan Cik Kilah Ke Klinik Gigi


 
Ahad lepas Aqeelah ngadu gigi dia sakit.. Eh takdelah dia cakap ''Mummy sakit gigi!'' Haha.. Tapi dia asyiklah gigit-gigit jari sampai air liur meleleh keluar pastu taknak makan, so kita tahulah dia tengah sakit gigi. Suruh nganga mulut tak nak, lari jauh-jauh sambil nangis.. Saya cakap dengan en. suami tak boleh jadi ni kena gak bawak jumpa dentist.. 2-3 minggu lepas pun macam tu gak, bila nak kunyah makanan nangis cakap sakit.. Tapi lepas tu dia senyap je so saya pun sampai terlupa nak bawak dia jumpa doctor..
 
So isnin pagi-pagi tu suami hantar saya dengan cik Kilah pergi Klinik Kesihatan Bangi kat seksyen 3. Saya memang amik EL, tapi en. suami kena pergi ofis jap amik dokumen so dia drop saya dengan cik Kilah dulu pastu baru dia datang. Cik Kilah lak bila daddy dia takde sama memang monyok jelah.
 
 
Muka tak happy.. Dia memang dah tau saya cakap nak bawak jumpa dentist, tapi taktau dentist tu apa haha. Kalau cakap doctor dia paham.
 
No. lambat lagi naik.. Disebabkan saya memang cuti takde benda nak rushing so tunggu jelah kat klinik gomen hikhik..
 
Saya takdelah pulak buat appointment ke apa, memang terjah je pergi sini. Sebelum tu ada call klinik private tapi diorang kata kena buat appointment dulu. Malas la kan nak cuti banyak-banyak kali so ke sinilah kita. Takpelah nak kita support klinik kerajaan ok! :)
 
Sampai pukul 8.30 am, dah dekat pukul 11 pun nombor tak naik lagi.. Saya dengan Aqeelah memang dah lapar sebab tak breakfast pun sebelum pergi klinik, konon nak cepat.. Nasib baik kat luar klinik tu ada orang jual-jual so beli biskut buat alas perut.. Kejap lagi daddy datang daddy bawak roti dengan air milo ye..
 
Happy daddy datang bawak roti dengan air milo..
 
 
Dekat dalam klinik kerja dia asyik lari-lari je.. Tau lah nasib dia kejap lagi hahaha..
 
Tepat 11.30 am no. kami pun naik.. wahhh cik Kilah dah nangis-nangis masa ni tak nak masuk bilik doctor sampai kena paksa dukung dengan daddy.. Doktor gigi tu Nampak macam muda lagi, lelaki India.. Dia Tanya umur cik Kilah berapa tahun. Saya jawab lah 2 . Pastu dia macam terperanjat ehhh dua tahun setengah dah boleh cakap ye? Huhu mesti doctor ni tak kawin lagi...
 
 
Terpaksa duduk dengan daddy sebab dia tak nak duduk sorang..
 
Doktor dengan nurse memang sporting habis, sama-sama encourage cik Kilah ni untuk bukak mulut. ramai-ramai diorang cakap ''Aaaaa... Aaaa..." sambil bukak mulut besar-besar haha.. Bila cik Kilah nangis tu kan dia bukak mulut so cepat-cepat doctor check gigi dia...
 
Bla dah last-last tu dia macam dah penat so dia redha je aa doctor nak buat hahaha..
 
Bagus doctor ni.. Takdelah dia nak marah sebab budak tak bagi kerjasama ke apa..
 
Teringat dulu masa zaman sekolah bila doctor gigi datang memang semua budak pun takut kan.. Dah tu dapat pulak doctor gigi yang garang, tak mesra budak langsung.. Mana la budak tak takut dengan doctor.. Saya pun sebelum bawak cik Kilah datang sini memang risau kalau la doctor sini garang memang saya nak ajak en. suami pergi private je. Biarlah bayar mahal-mahal asalkan anak kita tak kena marah dengan doctor hahaha boleh tak macam tu... Tapi sekarang dah tak sama dengan dulu. Dah banyak improvement dah klinik dengan hospital kerajaan sekarang kan..
 
So bertampallah gigi cik Kilah sekarang.. Pasni dah tak boleh makan benda manis dah, kena catu dari sekarang ni.. Tapi tu lah saya ni cepat kesian kat anak, anak nangis je mesti bagi, tak sampai hati lor... :( Tapi kali ni mesti keraskan hati kalau tak, tak cantik la gigi dia bila dah besar nanti kan..
 
On the way balik rumah.. Senyap je dalam kereta :)
 
 




 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal