HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, March 3, 2015

Lawatan Cik Kilah Ke Klinik Gigi


 
Ahad lepas Aqeelah ngadu gigi dia sakit.. Eh takdelah dia cakap ''Mummy sakit gigi!'' Haha.. Tapi dia asyiklah gigit-gigit jari sampai air liur meleleh keluar pastu taknak makan, so kita tahulah dia tengah sakit gigi. Suruh nganga mulut tak nak, lari jauh-jauh sambil nangis.. Saya cakap dengan en. suami tak boleh jadi ni kena gak bawak jumpa dentist.. 2-3 minggu lepas pun macam tu gak, bila nak kunyah makanan nangis cakap sakit.. Tapi lepas tu dia senyap je so saya pun sampai terlupa nak bawak dia jumpa doctor..
 
So isnin pagi-pagi tu suami hantar saya dengan cik Kilah pergi Klinik Kesihatan Bangi kat seksyen 3. Saya memang amik EL, tapi en. suami kena pergi ofis jap amik dokumen so dia drop saya dengan cik Kilah dulu pastu baru dia datang. Cik Kilah lak bila daddy dia takde sama memang monyok jelah.
 
 
Muka tak happy.. Dia memang dah tau saya cakap nak bawak jumpa dentist, tapi taktau dentist tu apa haha. Kalau cakap doctor dia paham.
 
No. lambat lagi naik.. Disebabkan saya memang cuti takde benda nak rushing so tunggu jelah kat klinik gomen hikhik..
 
Saya takdelah pulak buat appointment ke apa, memang terjah je pergi sini. Sebelum tu ada call klinik private tapi diorang kata kena buat appointment dulu. Malas la kan nak cuti banyak-banyak kali so ke sinilah kita. Takpelah nak kita support klinik kerajaan ok! :)
 
Sampai pukul 8.30 am, dah dekat pukul 11 pun nombor tak naik lagi.. Saya dengan Aqeelah memang dah lapar sebab tak breakfast pun sebelum pergi klinik, konon nak cepat.. Nasib baik kat luar klinik tu ada orang jual-jual so beli biskut buat alas perut.. Kejap lagi daddy datang daddy bawak roti dengan air milo ye..
 
Happy daddy datang bawak roti dengan air milo..
 
 
Dekat dalam klinik kerja dia asyik lari-lari je.. Tau lah nasib dia kejap lagi hahaha..
 
Tepat 11.30 am no. kami pun naik.. wahhh cik Kilah dah nangis-nangis masa ni tak nak masuk bilik doctor sampai kena paksa dukung dengan daddy.. Doktor gigi tu Nampak macam muda lagi, lelaki India.. Dia Tanya umur cik Kilah berapa tahun. Saya jawab lah 2 . Pastu dia macam terperanjat ehhh dua tahun setengah dah boleh cakap ye? Huhu mesti doctor ni tak kawin lagi...
 
 
Terpaksa duduk dengan daddy sebab dia tak nak duduk sorang..
 
Doktor dengan nurse memang sporting habis, sama-sama encourage cik Kilah ni untuk bukak mulut. ramai-ramai diorang cakap ''Aaaaa... Aaaa..." sambil bukak mulut besar-besar haha.. Bila cik Kilah nangis tu kan dia bukak mulut so cepat-cepat doctor check gigi dia...
 
Bla dah last-last tu dia macam dah penat so dia redha je aa doctor nak buat hahaha..
 
Bagus doctor ni.. Takdelah dia nak marah sebab budak tak bagi kerjasama ke apa..
 
Teringat dulu masa zaman sekolah bila doctor gigi datang memang semua budak pun takut kan.. Dah tu dapat pulak doctor gigi yang garang, tak mesra budak langsung.. Mana la budak tak takut dengan doctor.. Saya pun sebelum bawak cik Kilah datang sini memang risau kalau la doctor sini garang memang saya nak ajak en. suami pergi private je. Biarlah bayar mahal-mahal asalkan anak kita tak kena marah dengan doctor hahaha boleh tak macam tu... Tapi sekarang dah tak sama dengan dulu. Dah banyak improvement dah klinik dengan hospital kerajaan sekarang kan..
 
So bertampallah gigi cik Kilah sekarang.. Pasni dah tak boleh makan benda manis dah, kena catu dari sekarang ni.. Tapi tu lah saya ni cepat kesian kat anak, anak nangis je mesti bagi, tak sampai hati lor... :( Tapi kali ni mesti keraskan hati kalau tak, tak cantik la gigi dia bila dah besar nanti kan..
 
On the way balik rumah.. Senyap je dalam kereta :)
 
 




No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal