HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Wednesday, December 18, 2013

Tentang Kesyukuran

Semalam, seperti biasa tepat jam 1pm saya turun ke taska untuk susukan Aqeelah.
Sampai kat sana dah ada 2-3 mommies yang susukan bayi masing-masing.
Diorang memang saya kenal (walaupun cuma tau nickname) sebab memang kami je yang selalu datang pun.

Tiba-tiba sorang mummy ni bercerita, yang dia dah belikan anak dia botol susu baru. Harganya RM20++. Berbanding dengan botol lama sebelum ni yang harganya cuma RM8 lebih, tapi baby dia tak nak. Mummy ni cerita lagi, nasib baik botol susu mahal ni dia nak, kalau tak kena la dia beli brand lain. Kalau brand Tommy Tippee yang harganya RM60 lebih dia tak mampu.

Saya cuma diam.. Sebab saya pernah belikan Aqeelah botol susu Avent yang harganya seratus lebih (untuk 2 botol) pun dia tak nak huhu.. Sudahnya botol susu tu saya simpan je. Kemudian ada lagi mommies lain bercerita pasal harga barang-barang baby yang mahal, pun saya tidak komen jugak.

Tetiba saya rasa insaf.. Kalau kita rasa kita susah, rupanya ada lagi yang lebih susah dari kita. Terpulanglah pada kita sendiri nak tentukan apa yang kita perlukan, sama ada keperluan atau kehendak. Saya pun kadang-kadang bila terasa poket tebal sikit, mulalah beli macam-macam untuk Aqeelah sampai en. suami angkat-angkat kening hehe.. (sejak dah ada anak, saya memang jarang spend untuk diri sendiri. Rasanya ramai je ibu-ibu macam saya). 

Jadi bersyukurlah..



Aqeelah Goes Shopping

Sabtu lepas pergi wedding sepupu en. suami di PD.

Balik tu singgah Alamanda.
Saya memang plan nak beli tshirt lengan panjang untuk Aqeelah memandangkan aircond di taska tersangatlah sejuk.

Sibuk pilih baju...

Pilih kasut lak

 
Dan paling kelakar..

 




Friday, December 13, 2013

2014 Holiday Plan

Okay..
Cukup-cukuplah cerita pasal taska (as for now).

Hari ni nak cakap pasal perancangan cuti untuk tahun 2014 pulak.. Wah semangat!

Last week saya berjaya beli return tickets to Langkawi untuk kami tiga beranak.

Cuba teka berapa total? (MAS Flights, not AA ye hehe, sebab saya dah lama boikot AA.. Kalau rajin nanti saya buat post pasal tu)

Harga untuk tiket 3 orang including infant...




For adults, RM152. Infant is only RM16

Total?


Tadaaa.. RM356 all in
 
Best kan? Hehe.. Alhamdulillah rezeki dapat murah. The next week saya check dah seribu lebih dah.. Nasib baik sempat beli. Ni kalau naik AA pun, belum tentu lagi dapat harga ni.. Dengan tak masuk luggage lagi, entah berapalah nak kena bayar..
Jadinya.. Saya sangat berharap dapat la pergi dengan jayanya, tanpa ada masalah kali ni. Masa pergi Krabi tahun lepas, Aqeelah kena demam campak. Dan kebetulan masa tu tengah hot cerita pasal AA tak benarkan baby yang kena demam campak naik flight balik Malaysia.. Tapi saya tawakal je masa tu seludup Aqeelah naik flight, alhamdulillah lepas :) Tapi di Krabi tak lah berjalan sangat pun, sebab kesian dengan Aqeelah.

Lepas ni nak kumpul duit untuk ke sini pulak, dah lama sangat saya berangan nak pergi.

Hong Kong Disneyland.. (source from google)



Wednesday, December 11, 2013

Aqeelah Kena Gigit Di Taska


Akhirnya..
Apa yang menjadi kebimbangan saya (dan juga ibu-ibu di luar sana yang hantar anak ke taska) telah pun terjadi.

Aqeelah kena gigit..
Dengan budak sebayanya..
Baru je tadi..

Gambar tak clear lah pulak..

See?

Yang buat saya sangat marah ialah sebab kesan gigitan tu sangat banyak di merata tempat di sekitar lengan Aqeelah. Apa cikgu buat masa tu? Mesti dah lama Aqeelah tahan sakit, dan masa kena gigit tu mestilah dia menangis kan...
Cikgu tak dengar ke...

Terus saya bawa Aqeelah naik ke bilik saya dan tenteramkan dia. Sambil susukan Aqeelah,  dia pun tertido sambil ada lagi kesan air mata bergenang di kelopak mata...

Sian sayang mummy ;(



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal