HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Wednesday, January 22, 2014

Meeting Oh Meeting

Sekadar gambar hiasan. Source from google


Saya tak paham la.. Kenapa selalunya meeting habis lewat? Govt or private sector, saya rasa sama saja, mana-mana orang mesti pernah mengalaminya. 
Kalau setakat 3,4 jam direct meeting tu mungkin biasa, boleh consider lagi. Tapi kalau sampai lebih dari office hour? Oh tidak.. Saya harap tuan/puan pengerusi akan lebih memahami.. Mungkin ada di antara ahli mesyuarat yang terpaksa balik awal sebab nak ambil anak dari sekolah, nak ambil isteri, nak masak untuk makan malam suami dan anak-anak, dan lain-lain urusan lagi. Dah kata waktu bekerja dah tamat kan? Dengan macam-macam kes yang terjadi sekarang.. Nauzubillah.. 

Kesian anak kena tunggu mak ayah datang sambil duduk kat tepi pagar.. Manalah mak ayah aku ni tak sampai-sampai lagi... Cepatlah mama sampai.. Adik takut..Huhu.

Itulah yang terjadi pada saya semalam.. Dah pukul 5.30 pm, tapi tak de tanda-tanda yang meeting akan habis dalam masa terdekat. Saya dah mula gelisah, sebab taska Aqeelah paling lewat untuk ambil anak ialah 5.40 pm. Yelah cikgu-cikgu kat taska tu pun nak balik rumah jugak kan.. Takkan nak suruh cikgu bawak anak kita balik rumah diorang kot?

5.45 pm, meeting tak habis lagi, saya pun cabut! Tapi bukan balik terus. Saya ambil Aqeelah di taska dulu. Kesian dia, cuma dia sorang tinggal kat taska tu.. Kemudian saya pun dengan selambanya bawak masuk sekali dalam meeting. ''Minta maaf pn. pengerusi, ahli baru mesyuarat..!'' Orang lain dah senyum-senyum, pengerusi lak tak cakap apa. Mungkin dia terkejut saya bawak masuk baby besar kot hehe.. Tapi nak buat macam mana, dah kata darurat kan? Kalau saya tinggalkan terus meeting tu, lagi rasa tak sopan kan?

Nasib baik Aqeelah behave sepanjang meeting tu...

Dan meeting pun berakhir jam 6.20 pm..

Saya dan Aqeelah pun pulang ke rumah...

Sekian.

Aqeelah sabar menunggu di taska sambil minum air kosong




No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal