HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Wednesday, February 26, 2014

Makan di BurgerByte, Bandar Bandar Baru Bangi

Hari Selasa lepas gi dating dengan en. suami kat BurgerByte, Bandar Baru Bangi.
Pergi pun sebab terpengaruh dengan promo tak berbayar oleh Angah ie kakak saya.
Bagi yang tak tahu, BurgerByte ni dimiliki oleh Zizan..

Sampai dalam pukul 6.30 pm, orang dah mula ramai. Mungkin sebab hari gaji bagi government servant macam saya kot hehe.. Berpusing-pusing cari parking, last-last jumpa jugak tapi kena menapak jauh jugaklah.

Datang sini, kena order sendiri kat cashier depan ye dan terus buat pembayaran.. Konsep ala-ala fast food restaurant gitu.. 

Saya order yang ini.. Redang Beach Burger. Perhatikan french fries yang banyak itu..Memang tak abis kalau makan sorang.

Yang ni en. suami order.. Nachos Burger.. Kat dalam tu ada nachos..


Sedap ke tak BurgerByte ni? Emm.. First time masuk mulut, wahhh sedapnya!! Hehe.. Tapi serius memang sedap, isi daging tebal tapi sangat lembut.. Masak pun sedang elok. Portion pun besar, terutama french fries tu.. Saya makan separuh pun rasa dah kenyang sangat. The rest en suami la yang kena habiskan on behalf hehe..


 Total bill.. Standard la kan harga macam ni.

Next time mungkin kami akan datang lagi untuk rasa spagetti pulak.. Hari tu nak order tapi diorang kata spagetti abis.. Saya rasa macam pelik pulak sebab kedai tu dekat sangat dengan mini mart,  lari lah kejap pergi beli, kan?

Bagi sapa-sapa yang nak datang, BurgerByte terletak di seksyen 15 Bandar Baru Bangi.. Kalau dari roundabout UKM tu, nampak Petronas belah kiri terus masuk. Depan sikit masuk kiri lari (lorong jalan) dah pun sampai. Kedai dia kat corner lot, tak susah nak cari.

Selamat menjamu selera!
 



Aqeelah Dah Tak Suka Pergi Taska

Kalau bawak gi makan pun dah tak nak senyum dah..
 
Tiba-tiba je Aqeelah dah tak suka pergi taska..
Dulu tak macam ni. Sampai depan taska je dah tak mo dukung dah, nak jalan sendiri.
Saya perasan perubahan Aqeelah sejak cikgu kelas dia bertukar kejap ke taska lain. Kejap pun lama lah jugak, dalam 2 minggu.
Dan diganti dengan cikgu baru..
Cikgu baru tu pada pendapat saya nampak garang..
Saya senyum kat dia pun dia tak senyum balik huhu :(

Sejak dari tu Aqeelah buat hal pagi-pagi masa saya bawa dia ke taska.
Bila balik, saya suruh dia salam cikgu tu pun dia tak nak...
Agak-agak kenapa ek..
Apa dia dah buat kat anak saya..
Ohhh saya harap janganlah diapa-apakan Aqeelah..

Di taska.. Kesian saya tengok dia tidur macam ni, tanpa selimut dan bantal..

Bila hari Jumaat, masa rehat kan panjang. Masa tu barulah saya bawak dia naik atas bilik saya, main-main, baring-baring, golek-golek, makan-makan.. Masa tu baru dia nampak happy.


Muka happy dapat lepak bilik mummy


Laju je makan

Tapii.. Bila sampai taska, monyok balik muka. Kalau dulu tak sabar-sabar nak masuk.

Berdiri je depan pintu.. Panggil-panggil suruh masuk tapi taknak..

 Muka cuak nak masuk kelas

Semalam, cikgu lama dah balik dah.. So saya harap-harap pasni takde la lagi drama Aqeelah kat taska.
Buat saya susah hati je.. :(



Monday, February 17, 2014

Makan di EE Burger Trimula Cafe, Langkawi


Masih lagi entry pasal Langkawi. Kali ni cerita pasal makan-makan pulak.

Sebelum pergi Langkawi memang saya dah survey kat kedai mana yang makan best.. So nanti tak de lah tercari-cari nak makan kat mana kan.. 

Antara yang dicadangkan oleh kebanyakan blogger ialah EE Burger Trimula Cafe yang terletak di pekan Kuah. Kedai ni tersorok sikit. Kalau lalu dengan kereta mesti tak perasan.

Hari pertama kami di Langkawi, kami dah terjah restoran ni..

Menu yang kreatif

 Close up

 Daddy Aqeelah order yang ni.. EE burger. Apa ntah nama dia

Saya order yang ni.. Chicken grill

 Aqeelah yang dah penat sebab terpaksa bangun awal pagi untuk kejar flight..


Harga makanan sini bagi saya agak murah kalau nak compare dengan di KL. Sedap pun sedaplah jugak, berbaloi dengan harga.. Total kami makan di sini dalam RM30++ termasuk air. Next entry akan review pasal Wan Thai Restaurant pulak.
 



Thursday, February 13, 2014

Borong Coklat Di Langkawi


Alhamdulillah, pada 8-11Februari yang lepas saya, suami dan anak telah bercuti di Langkawi.

Saya tak bercadang pun nak cerita panjang pasal trip ke Langkawi ni, sebab mesti dah ramai yang ke sana kan.. Lain la kalau bercuti di Hawaii, yang tu harus tulis panjang-panjang sebagai guideline orang ke sana hehe..

Sepanjang 4 hari 3 malam di sana, setiap hari kami akan beli coklat.. Coklat untuk family, kawan-kawan ofis, kawan-kawan taska Aqeelah, cikgu-cikgu Aqeelah...

Dan ini hasil borong kami:

1st batch.. Ini semua untuk family dan kawan-kawan yang kirim


 2nd batch.. Baru dapat beli untuk makan sendiri hehe.. Biskut beruang fave Sin Chan tu untuk kawan-kawan kat taska Aqeelah. Dia yang pilih sendiri


Aqeelah dan M&M

 Tengok tu.. Penuh troli

 Untuk Aqeelah saya beli yang ini je.. Dalam coklat tu ada patung comel je. Yang patung tu bagi Aqeelah. Coklat saya dan suami yang makan hehe


 Pemandangan di Langkawi Saga. Saya personally rasa yang harga coklat di Langkawi Saga lebih murah dari Haji Ismail

 Coklat yang semakin famous, Pepero. Kat sini tak pernah jumpa pulak


 Ini ialah harga dari Langkawi Saga. Kalau Haji Ismail RM28.90 kalau tak silap

 Tersesat lak gambar ni hehe.. Beg ni beli di Kompleks Haji Ismail Group, RM89.90. Beg yang sama saya tengok di Rams, RM129.90. Banyak tu beza..

Coklat-coklat lain yang saya beli, antaranya Whittakers sepaket ada 3 bar berharga RM8.50. Kalau beli 3 paket harga RM25. Ritter Sport yang paket kecil, RM3.90 di Langkawi Saga dan Haji Ismail. Tapi di Underwater World lagi mahal RM4.90 sepaket.

Total saya habis dalam RM700++ untuk coklat saja huhu.. Nanti saya update lagi apa yang best di Langkawi.



Tuesday, February 4, 2014

Holiday Mood

Kite nak gi cuti dah.. Yeayyy!!

Wahhh tinggal 2 hari je lagi saya nak pergi Langkawi *Langkawi je pun*
So mood pun memang ingat nak cuti je lah..
Masa saya kerja kat ofis lama, boleh dikatakan tiap-tiap bulan kena pergi outstation. Sampai habis negeri-negeri di Malaysia ni saya dah jalan. Langkawi jangan cakaplah, rasanya setahun ada la dalam 4,5 kali gak pergi. Salah satu sebab ofis lama memang ada pusat latihan kat Langkawi. So kalau meeting dengan big bosses memanjang je urusetia pilih Langkawi hehe.. 

Ada sekali tu, seminggu tu sampai 2 kali saya turun-naik flight gi Langkawi. Pergi hari Rabu, Sabtu pagi balik. Kemudian esoknya Ahad petang pergi balik Langkawi. Kesian Aqeelah selalu kena tinggal dengan saya masa kecik-kecik dulu :(

Tapi... Kali ni pergi memang sangat best..
Sebab saya bukan pergi untuk bekerja..
Saya pergi untuk bersuka-ria dengan suami dan anak... :)
Semoga segalanya dipermudahkan.. Amin.







Kad Kredit Hilang


Antara hobi Aqeelah ialah bermain-main dengan wallet saya termasuklah wallet en. suami..
Sampai habis semua kad dikeluarkan dan disepah-sepahkan..
Kalau nak bagi dia senyap sekejap dalam kereta, bagi je wallet, sure dia leka main.
Tapi lepas tu mummy kena la gigih cari balik semua kad kat celah-celah kerusi tu huhu..

Tengok tu.. dah sepah-sepah kad saya

 Jeling-jeling je kat mummy kalau mummy tak kasi main

 Antara aktiviti wajib kalau dalam kereta

 Mummy, nak singgit beli eskem boleh??
 
Nak dijadikan cerita, suatu hari tu saya perasan credit card saya dah tak de..
Memang tidak syak lagi Aqeelah la punya angkara sebab malam tu memang dia main-main dengan wallet saya.
Habis la selongkar dalam rumah, dalam kereta, tapi tak jumpa :(
Kemudian terpaksalah call bank untuk deactivate kad kredit saya tu.. 
Tak bolehlah mummy shopping lagi :(
Bank kata boleh dapat kad baru, tapi kena penalty RM50 for lost/stolen card.
Unless buat police report, baru bank akan waive penalty tu...
RM50 banyak tu wooo.. Kalau makan sushi king dah kenyang dah kami suami-isteri..

So ajaklah en. suami temankan buat report police.. Kami ke balai polis cawangan Dato Abu Bakar Baginda je. 

 Comel je balai polis ni

 Err nak cakap apa ehh.. Oklah i berterus-terang cakap kad kedit hilang tanpa disedari.. I tak buat report palsu ok.. Bahaya, boleh kena charge!

Lepas dah dapat salinan police report, pergilah serahkan ke mana-mana cawangan bank terdekat dan takdelah korang kena penalty RM50.. Tapi saya tengok kat bank statement ada je diorang caj RM50 for stolen/lost card.. Aiyoo saya tak simpan pulak copy police report tu, redha je lah i bayar RM50 tu hmmm..

Sekian terima kasih.



Pengalaman Hantar Anak Ke Taska vs. Pengalaman Hantar Anak Ke Pengasuh



Diam tak diam dah 2 bulan dah Aqeelah duduk taska.. Alhamdulillah dia dah semakin ok, sampai taska je eksyen nak berjalan sendiri tak mo dukung dah..

So kali ni nak cerita sikit pengalaman hantar anak ke taska vs. hantar anak ke babysitter.. Sebab dulu Aqeelah memang saya hantar ke pengasuh yang juga merupakan kakak ipar saya punya kakak. Bagi saya walaupun nampak macam tak de beza antara taska dengan pengasuh, tapi banyak beza tu kalau anda seorang yang cerewet jaga anak hehe..

Ini adalah hasil dari pengalaman/pemerhatian saya hantar anak ke pengasuh:
1) Anak anda akan diberi tumpuan sepenuhnya (melainkan kalau dia ada ambil 2-3 orang lain budak untuk dijaga)
2) Anak akan jadi rapat dengan pengasuh (kalau pengasuh anda tu baik)
3) Anda tak perlu risau kalau terpaksa balik lambat dari kerja, sebab anak anda selamat berada di rumah pengasuh (kalau pengasuh ada hal lain, tu lain cerita)
4) Kalau pengasuh demam atau sakit atau tiba-tiba ada emergency, anda terpaksa ambil EL
5) Ada tendency untuk anak anda didera/dipukul/dimarah sebab pengasuh tu tinggal sorang, so takde sapa nampak apa dia buat

Ini pula pengalaman/pemerhatian saya hantar anak ke taska:
1) Anak anda tak akan dilayan bak menatang minyak yang penuh sebab ada ramai lagi budak lain
2) Anak anda jadi berdikari
3) Anda kena rushing ambil anak lepas habis kerja, kalau tak kena charge RM10 sejam (tu pun kalau taska tu benarkan lewat amik anak.. Macam taska Aqeelah, paling lewat amik pukul 5.45 pm)
4) Taska buka sepanjang hari bekerja, tak perlu risau kalau cikgu tu MC mesti akan ada cikgu lain ganti
5) Cikgu-cikgu takkan berani marah/dera budak sebab ada ramai lagi cikgu-cikgu dalam tu, unless diorang pakat ramai-ramai untuk dera budak, macam ada satu kes dera tahun lepas
6) Tendency untuk anak anda kena gigit/cakar dengan budak lain adalah tinggi... So adalah penting untuk ajar diorang survival skills (bukan retaliate- balas balik)
7) Senang kena penyakit berjangkit since dah duduk ramai-ramai dalam tu kan..
8) Anda dapat ramai kawan baru dengan parents yang jugak hantar anak ke taska yang sama

Selain tu, apa yang saya selalu amalkan, saya akan check satu badan Aqeelah lepas ambil dia dari taska.. Tengok kalau-kalau ada lebam ke, calar ke kat badan dia.. And mommies! Please check your babies thoroughly walaupun dia dah siap mandi berbedak bagai masa anda ambil dia tu.. Saya tau ada jugak ibu-ibu di luar sana yang tak tukar pun diapers anak mereka sejak amik dari taska, sampai la esok pagi masa nak hantar anak kat taska tu... Sebab saya ada kawan yang bekerja di taska, dia pernah cerita ada jugak parents yang langsung tak tukar diaper anak dia lepas ambil dari taska.. Sampai berat diaper tu dah berkilo-kilo.. Selagi tak berak, selagi tu tak tukar kot.. Macam mana diorang tahu? Sebab diorang tulis nama setiap budak kat diapers yang diorang pakai dengan marker pen.. So kalau dah esok pagi datang ke taska dengan diaper yang masih 'bermarker pen', apakah maksudnya di situ???

Macam saya, saya akan mandikan Aqeelah siap-siap sebelum ke taska.. Sebabnya saya tak nak dia mandi dengan air sejuk, dah la taska tu memang sangat sejuk! Kesian sangat tengok budak-budak beratur nak mandi, dengan kesejukan yang amat sangat, dengan tak berbaju pun.. Petang pun saya tak kasi cikgu mandi, balik tu saya terus mandikan dia. Masa tu la kita nak check badan anak kita ok ke tidak.. Bukanla saya nak ajar anak bermanja-manja tak nak mandikan dia dengan air paip biasa, tapi environment taska yang tersangat sejuk tu buat saya tak sampai hati nak bagi cikgu dia tu mandikan dengan air sejuk.. So tuala Aqeelah cuma digunakan untuk lap lepas basuh kencing/yak-yak dia saja..

Oklah.. Tu je yang dapat difikirkan. Sekian terima kasih.



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal