HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Monday, March 17, 2014

Merancang Sambutan Hari Jadi Aqeelah


Dua orang penting dalam hidup

 Rambut kusut masai baru bangun tido


Ok, gambar-gambar di atas tak de kena-mengena dengan tajuk :p 
Biasa kalau bab merancang birthday party anak-anak memang golongan mak-mak lah yang paling busy kan.. Enam bulan sebelum tu dah start pikir-pikir dah haha.. Yelah, kita dah berjuang separuh mati nak bersalin, so bila tiba tarikh istimewa tu mestilah nak sambut... Sebagai tanda ingatan untuk mommies jua :D

10 Julai ni birthday Aqeelah yang ke-2 tahun. Tapi jatuh pada bulan puasa. So saya dah start plan sejak tahun lepas lagi hehe melampau kan.. Antara tempat pilihan ialah McD atau KFC.. Sebab senang tak yah susah-susah kemas rumah lepas habis jamuan nanti. Tetamu sampai, makan, main pastu balik dengan perasaan gumbira.. Tapi kalau buat kat situ, tak bolehlah nak jemput ramai-ramai, sebab boleh tahan gak kos. Campur family saya dan en. suami adalah dalam 45 orang termasuk kanak-kanak huhu.. Tu belum lagi kira kawan-kawan rapat. 

Tahun lepas, saya sambut kat rumah mak saya je. Cuma mak ayah dan adik-beradik saya saja. Family belah suami sorang pun tak datang.. Walau pun agak kecewa sebab saya memang bersungguh nak kumpulkan dua belah family masa tu, tapi tak pelah memandangkan semua pun sibuk dengan urusan masing-masing. Makanan memang banyak lebih, kesian mak ayah saya penat-penat msak. Yelah dah budget untuk jumlah tetamu sekian-sekian, tapi orang yang datang sikit je. So untuk tahun ni, kebarangkalian untuk saya buat birthday party di KFC atau McD adalah tinggi disebabkan faktor yang dinyatakan di atas haha.. Order makan ikut jumlah tetamu yang datang je, so tak lah membazir.

Tapiii.. Ada jugak masalah lain. Ramai antara kakak-kakak saya tak makan fast food :( hmmmm memanglah tak elok makan selalu tapi kadang-kadang saya pun teringin gak hehe.. So sekarang kena pikir alternatif nak sambut kat tempat lain. Yang penting saya tak yah penat-penat masak dan kemas rumah... :)




No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal