HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Monday, March 3, 2014

Rebonding Rambut di Hairven, Alamanda Putrajaya


Bila en. suami tanya nak hadiah apa untuk birthday saya bulan Jun ni, laju-laju je jawab nak rebonding rambut hehe.. Seumur hidup saya tak pernah buat rebonding. Walau pun bertudung, tak bermaksud kita tak boleh bergaya kan.. Lagi-lagi kalau dah kawin ni, mesti la nak selalu cantik depan en. suami :p. Mula-mula tu teringin jugak nak buat perming sebab suka sangat tengok rambut si Zara dalam cerita Love You Mr. Arrogant tu heheh.. Tapi bila buat research, perming lagi banyak guna chemical, so terus cancel..

Jadi hari Ahad lepas kami bertiga pun pergilah ke Alamnda. Appointment dah dibuat 3 hari sebelumnya. FYI, Hairven ni ada special room untuk muslimah. So nanti bolehla request ye special room untuk muslimah. Selain tu kenapa saya pilih Hairven? Selain dekat dengan rumah, sebab utama ialah saya tak nak en. suami boring kena tunggu saya lama-lama dengan Aqeelah haha.. So kalau kat situ bolehla dia bawak Aqeelah jalan-jalan tengok mainan kat Toys R Us kan.. Dan mummy boleh memanjakan diri dengan buat rebonding :)

Appointment pukul 10.30 am. Sampai je saya terus dibawa masuk ke muslimah room. Deco kat Hairven ni bagi saya cantiklah kan, dah kata beroperasi dalam Alamanda.. Harga pun paham-pahamlah ye. Tapi bila masuk dalam muslimah room tu, hmmm saya rasa macam diorang buat ala kadar je bilik tu, tak secantik yang ruang open kat luar tu. Bilik tu kecik je, cukup untuk 2 orang customer dan satu kerusi untuk basuh rambut tu *ntah apa nama sofa tu saya tak tahu hehe*.

tempat basuh rambut

 tengok tu bersepah-sepah towel kat rak tu.. tak sedap mata memandang kan

Bagi yang tak pernah buat rebonding (macam saya) proses rebonding ni sangat lama ye, depends dengan panjang/tebal rambut korang. Masa saya buat ni ada 2 orang hairstylist yang attend saya. Bila diorang tahu saya first time nak buat rebonding, macam-macam la nasihat diorang bagi kat saya sampai saya pun confuse, diorang ni macam tak kasi saya buat rebonding je hehe.. Tapi tangan laju je sapu krim rebonding tu kat rambut. 
Kemudian dalam pukul 12 lebih macam tu en. suami pun hantar Whatsapp kata Aqeelah dah penat, dia cari saya huhu.. Saya pun suruh en. suami bawak Aqeelah masuk sini. Tapi dia tunggu luarlah sebab lelaki tak boleh masuk. So masuklah Aqeelah duduk sekali dengan saya. Ooo sini rupanya mummy dia nyorok hehe.

Gambar selfie Aqeelah. Sorrylah watermark yang tak consistent itu, baru belajar la katakan

Tepat pukul 2 pm saya pun siap! Yeaaa rambut mummy dah cantik :D Tapi gambar rambut hasil dari teknik rebonding ni tak leh la tunjuk ye hehe. Tapi sangat-sangat puas hati la. Aqeelah pun ternganga tengok rambut mummy dia wahhh nape mummmy cantik sangat ni biasa rambut macam mak lampir hehe.. Oh ye masa rebonding ni saya amik sekali pakej untuk treatment rambut, so total damage ialah RM370 T_T
Hasil rebonding dari Hairven ni saya bagi 4 setengah bintang sebab memang saya puas hati.. Tips jaga rambut selepas rebonding pun hairstylist bagi. Cuma yang saya tak berapa berkenan tu ialah keadaan dalam muslimah room tu yang sangat sempit, dan kadang-kadang bila hairstylist tu kuar-masuk bilik tu diorang lupa/malas nak tutup pintu tu balik.. Sampai orang kat luar tu pun boleh nampak kami kat dalam. Tu yang geram tuuu..

Abis rebonding, pergi makan dan beli produk rambut yang sesuai untuk rambut rebonding. Mungkin lepas ni boleh buat entry khas untuk jaga rambut rebonding *kalau saya berjaya jaga la hehe* Jadi inilah hadiah birthday saya untuk tahun ni.. Birthday belum sampai lagi tapi dah dapat awal. Tq abg :*



No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal