HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, June 17, 2014

Johnson's Baby of the Year 2014



Cik kilah

Cik Kilah is on the running to win Johnson's Baby of the Year 2014!! Haha melampau tak. Ni serius kes mummy over :p
Ok ni suka-suka je join contest ni.. Kalau menang alhamdulillah. Kalau kalah rilekslah, kita ajak daddy pi makan eskem k =)



Makan di Patin Place (My Kampung Food)


Minggu lepas, kawan baik saya di ofis, Nurul belanja saya makan sempena birthday saya kat sini..

Patin Place-My Kampung Food- 

Baru tau kat Puchong pun ada tempat makan ikan patin yang agak famous jugaklah.. Ingatkan kalau nak makan ikan patin kena gi Temerloh hehe.. Tapi bukanlah ikan patin yang harga ribu-ribu tu.

Ikan patin yang menjadi mangsa kami berdua. Tak ingat nama masakan ni.

Sampai-sampai je ikan patin tu, saya dengan Nurul pandang-pandang eh eh besarnya ikan ni boleh habis ke makan berdua hahaha.. Sampaikan orang dekat meja sebelah pun tertoleh-toleh tengok ikan kami yang besar itu.. Orang lain cuma order ikan kecil yang dah dipotong, tapi si Nurul ni pergi order seekor ikan hahaha..
Tom Yam yang lazat yang amat...

Turut dinikmati bersama ialah tom yam campur yang memang fuhh terbaik laa.. Lebih sedap dari tom yam kat Wan Thai Langkawi atau yang saya pernah rasa di Krabi haha melampau tak, Tapi serius memang sedap sangat...! Sampai sekarang teringat-ingat tom yam ni. Rasa ikan patin dia pun sedap.. Semua pun sedaplah. Lepas ni nak ajak ayah pulak sebab ayah saya suka makan ikan patin. Oh ye harga untuk seekor ikan patin besar tu dalam RM68.. Tapi tokey kedai tu bagi kami diskaun 10% lagi siap tulis dalam resit ada diskaun hehe..
Paling tak tahan, Nurul boleh pulak cakap dengan tokey kedai tu yang kami makan kat situ sebab nak celebrate birthday saya.. Terus tokey kedai tu kata dia nak belanja banana split sambil wish saya happy birthday.. Wahhh memang terbaik punya servis kedai ni, higly recommended hehe.. Sampaikan waiter yang bawak banana split tu pun wish saya happy birthday :)

Banana split yang dibelanja oleh tokey kedai. Dah kata free kan. Semua pun sedap.

Dan lastly.. tokey kedai tu ambil gambar kami dan upload dalam facebook haha.. Sebab saya takde facebook, so tengok kat facebook Nurul jelah.
Hahaha rasa famous pulak dapat masuk dalam fb tokey kedai.

Lepas ni memang saya plan nak datang lagi. Kali ni nak bawak en. suami dan parents :)



Monday, June 9, 2014

Beli Grolier Set Untuk Aqeelah


Sabtu lepas en. suami bawak saya makan-makan nak celebrate birthday saya katanya. Tak jauh pun, Bangi Gateway je hehe.. Sampai-sampai situ ada booth buka untuk jualan. Antaranya MPH dan Grolier. Tiba-tiba orang Grolier tu approach saya dan en. suami, mintak kami masa 5 minit untuk dia terangkan set Grolier tu. Sebelum ni memang saya tak pernah dengar dan memang malas nak layan dia lagipun perut tengah lapar hehe. Tapi en. suami macam interested, dia pun setuju nak dengar. So terpaksalah saya ikut..

Lepas jemput kami duduk, orang tu pun terangkan la kat kami apa tu Grolier, buku-buku dia, package yang di ada bla..bla.. Dia siap tunjukkan lagi macam mana nak guna buku-buku tu, contohnya pen yang berbunyi bila kita sentuh kat buku tu pen tu akan bacakan untuk kita, siap leh nyanyi lagi haaa macam tu la lebih kurang.. Dia pun siap ajar Aqeelah dan Aqeelah pulak ikut je apa yang dia ajar. Apa lagi memang melambung-lambung la dia puji Aqeelah ni good listener la, cepat belajar la, terang hati la bla bla *padahal tau dia puji sebab nak suruh kitorang beli la tu*. Dah dia membebel banyak sangat saya pun terus la tanya harga. Pastu baru dia tunjuk harga pakej-pakej yang dia ada mak aihh beribu semuanya.. Dia pujuk lagi, katanya buku-buku ni boleh guna sampai anak sekolah menengah *anak saya belum masuk 2 tahun lagi kak oiii*

Saya bukannya apa, taknaklah terjebak beli yang tak sesuai lagi untuk umur Aqeelah kan.. Takut jadi white elephant haha.. Pastu en. suami pun kata, takpelah kami pikir dulu lepas makan kami datang lagi. Nak tau orang Grolier tu cakap apa? 

''Haii incik.. Untuk masa depan anak pun kena pikir lepas makan ke?''

Terus saya angin kat situ dan sound dia ''I tak suka u macam paksa-paksa kami untuk beli!''

Tapi dia memang tak makan saman. Dia tanya saya kerja apa pulak. Amboii apa kena-mengena aku kerja apa dengan buku ni? Kenapa, kalau saya kerja kerani saya takde duit nak beli buku ni? Atau sebab kerja kerani la saya kena beli buku ni nak bagi anak pandai English? Helllooo.. Bila saya bagitau saya kerja apa baru dia macam terdiam. Lepas dari tu terus saya speaking je dengan dia. Haiihhh memang marah sangat dah saya ni. Tapi en. suami cool aja, terus dia setuju nak beli sebab malas nak layan orang tu dah. Last-last, kami amik jugak set apa ntah, tapi kena bayar dulu deposi RM334, dan bulan-bulan seterusnya bayar RM104 untuk tempoh 2 bulan. So kira sendiri jelah ye berapa harga set buku tu. Saya bukanlah berkira bab pendidikan untuk Aqeelah, memang semua parents pun nak yang terbaik untuk anak diorang, tapi saya tak suka bila orang Grolier tu macam paksa-paksa kami untuk beli. Tahula kan nak dapat komisyen.

Macam ni la lebih kurang set Grolier tu tapi banyak lagi dari yang ni. Yang saya punya tak sampai lagi

Sebab dah terjebak beli, so saya think positive je la. Harap-harap nak la Aqeelah ni baca buku ni semua hmmmm...



Monday, June 2, 2014

Beli iBaby Monitor

Dah besar dah Cik Kilah ni.. Perlu lagi ke guna baby monitor?

Dulu masa Aqeelah tiba-tiba tak suka pergi taska, ada la jugak saya survey beberapa baby monitor. Konon-kononnya nak letak kat taska hehe.. Dan salah-satu brand yang saya survey ialah iBaby Monitor from Apple. Tapi masa tu harga 7,8 ratus macam tu.. So rasa membazirpulak, lagipun monitor tu besar mana nak sorok.. Tetiba last week en. suami whatsapp kat crazybuy ada promo cuma RM349 sahaja.. Memang la rasa tertarikkk sangat, dah murah sangat la tu kan..Tapi Aqeelah dah besar dah, perlu ke beli? En. suami pulak cucuk jarum, boleh guna untuk next baby nanti oppss  hehhehe ;) Cepat-cepat klik klik terus beli..

Dan hari ni sampai la parcel yang dinanti. Ooo bagusnya crazybuy ni tak payah tunggu lama-lama. Kadang-kadang beli kat Mydeal ke, Groupon ke memang berbulan nak tunggu barang sampai.

iBaby Monitor yang manjadi dambaan para ibu bapa di luar sana. So lepas ni boleh selalu tengok baby walau di mana jua anda berada

Rupa di dalam

Malam ni mesti mau test..! Kalau bagus boleh buat review. Hai cepat-cepatlah dapat baby lagi sorang ;)



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal