HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Thursday, February 12, 2015

Aktiviti Sepanjang Cuti Bersalin

 
Masih lagi dalam mood cuti bersalin walau pun dah 3 minggu  masuk kerja.
 
Saya cuma ambil cuti bersalin selama 2 bulan saja. Yelah kita bukan ada baby nak jaga kan :( Cik Kilah pulak suami saya hantar taska sampai bulan Nov je sebab dia kesian saya kena layan budak kecik tu masa pantang nanti. Bila masuk bulan 12, dah tak anta taska dah.
 
2 minggu pertama lepas bersalin mak mertua saya yang jaga. Sebab saya pun duduk sekali kat rumah MIL hehe.. Pagi-pagi saya akan mandi dengan daun-daun yang dah direbus, air tu amik untuk mandi. MIL la yang prepare semua dah en. suami akan angkut air masuk dalam baldi. Tiga hari pertama lepas bersalin saya berurut macam biasa. Tukang urut dating kat rumah. Untuk 3 hari ni dia caj RM250.
 
Lepas mandi saya makan breakfast pulak. Untuk breakfast dia akan sediakan roti bakar, mushroom soup dan milo panas. Makan tengah hari biasanya daging masak halia atau black pepper, daun pegaga, black pepper yang dah ditumbuk dengan buah oren. Minum pulak air suam yang masih panas. Sebab saya tak de jahit so mak mertua saya kata boleh makan ayam. Tapi tak boleh minum air banyak sebab takut peranakan kembang.. Tapi yang ni memang saya tak ikut, saya minum je air masak banyak-banyak sebab takut kena sembelit. Tapi minum senyap-senyap la dalam bilik takut MIL Nampak hehe..
 
Lepas dua minggu tu MIL tak berapa nak jaga dah sebab temankan SIL kursus di Johor 2 bulan. So berpantanglah saya dengan en. suami dan Aqeelah mengikut cita rasa saya sendiri hehe. Sebab tak de baby, so saya berani la nak makan ikut tekak saya sendiri tapi takdelah banyak. Kadang-kadang suami hantar saya kat rumah kakak saya kat seksyen 4 Bangi sebelum dia pergi kerja. Wahh kalau saya pergi rumah kakak saya memang saya happy sebab dia masak sangat sedap :p So kat sini memang tak pantanglah, makan je apa dia masak yang penting sedap hehe. Tapi pakai bengkung tetap jugak saya pakai sampai 44 hari.
 
Cik Kilah kalau pergi rumah kakak saya ni pun mesti happy sebab dapat main dengan sepupu-sepupu dia  :)
 
 
Cik Kilah dengan sepupu, Asya. Diorang ni sebaya selang sebulan lebih je tapi Nampak Cik Kilah lagi besar lak.. Maaflah watermark yang terpotong tu, malas nak edit balik
 
 
Walau pun takde mainan, panjang je akal nak main apa, panjat kerusi meja la.. Biasa la budak-budak
 
 
Kat rumah kakak saya lagi.. Bersama Ami, Asyfa, Cik Kilah dan Aniq. Masa ni hari pertama sekolah dibuka
 
 
Sedap kan Mama Ima masak! Walau pun cuma spaghetti biasa tapi sedappp
 
Kalau tak pergi rumah kakak saya, saya pergi pulak rumah mak. Kat rumah mak pun ada jugak sepupu Cik Kilah sebab masa tu kan cuti sekolah. So semua orang pakat-pakat kumpul rumah nenek :D
 
 
Ni Aufa anak kakak saya no. 2. Main playdoh sama-sama. Spek itam tu baru beli, nak tido pun Cik Kilah pakai jugak haihh
 
 
 
Tidur sama-sama. Senang nak tidokan kalau ada kawan, takdelah dia mengempeng je dengan saya huhu
 
 
Cik Kilah bersama A'an, Aufa dan Nawfal. Gambar pecah pulak
 
Aikkk semua gambar cik Kilah mana gambar mummy?? Hehe ada ke nak tengok. Gambar saya tak payahlah sebab dalam pantang memang selebet mana sempat mekap kan haha..
 




No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal