Wahh dah masuk tahun 2014..
Agak-agak sempat tak nak wish happy new year kat blog ni? :p
Oklah,, tak pernah lagi cerita pasal makan. So hari ni nak cerita pasal makan.
Tak jauh mana pun, kat Bangi ni je..
Kat Ana Ikan Bakar Petai.
Alhamdulillah, niat nak belanja family makan-makan sempena promotion dapat 44 ni termakbul jua...
Saya dengan en. suami dan Aqeelah sampai lewat sikit sebab tunggu Aqeelah bangun tidur.. Sebab dari pagi tadi kami keluar ke Aquaria KLCC. Sebelum tu sempat lagi makan di Chili's *makan lagi*. So memang agak kepenatan dan kekenyangan di situ...
Kami baru nak duduk, makanan pun dah sampai.. Bagus tak payah tunggu lama. Mungkin masa tu orang tak ramai sebab baru pukul 6 pm.
Eh ni gambar dah siap makan.. Hehe. Aqeelah macam biasa tak suka duduk kat baby chair :(
Sepupu-sepupu Aqeelah...
Keluarga besar saya :)
Kami order udang goreng tepung, ikan siakap bakar petai, ikan kerapu bakar petai, ikan pari bakar petai, sotong bakar petai *eh kenapa semua bakar petai???*, sayur kailan ikan masin, ketam masam manis, nasi, air buah 4 jag, total yang saya bayar ialah RM473.. Tapi makcik di kaunter tu bagi saya diskaun RM3.. Kira oklah.. Sebab saya budget RM500 hehe.
Oh, ini semua adalah untuk makan 13 dewasa dan 11 kanak-kanak termasuk baby hehe.. Sorrylah tak snap pulak gambar makan. Makanan pun bagi saya oklah masih boleh diterima.. Saya rasa kalau ada fave saya ikan siakap 3 rasa mungkin lagi sedap, tapi kakak saya tak order huhu..
Till then.. Ada masa saya buat review makan di Chili's KLCC pulak :)
No comments:
Post a Comment