Saya perasan.. Zaman sekarang ni, trend orang bagi nama anak panjang yang berjela-jela.
Semestinya nama-nama yang moden dan unik menjadi pilihan.
Sebagai contoh, kalau anak perempuan:
Zara Marissa Amanda Batrisyia..
Anak lelaki:
Rayyan Danial Isaac
Amboii kemain lagi nama.. Tu belum campur nama ayah lagi..
Rasanya dah takde dah parents yang bagi nama anak macam Halim, Halimah, Zaitun, Abu.. Hehe. Saya ingat lagi, kalau zaman saya sekolah dulu, budak yang nama Nadia, Natasya, Maria, Diana, Danial tu pun dah dianggap glamer abis dah dan orang ingatkan mesti anak mat salleh hehe..
Macam kat taska Aqeelah, saya selalu intai-intai senarai nama dalam buku kedatangan setiap pagi lepas hantar Aqeelah, wahhh panjangnya nama.. Memang gigihla parents nak tulis setiap kali tulis kedatangan anak kan.. Rasanya nama Aqeelah yang paling pendek dan 'kampung'. Tapi actually Aqeelah ada juga nama kedua iaitu Aqeelah Bahirah. Bahirah tu MIL yang bagi.. Kami ikutkan saja. Tapi nama panggilan tetap Aqeelah.
Balik pada nama tadi.. Ya, nama kawan-kawan Aqeelah semua panjang-panjang dan ada bunyi-bunyi mat salleh.. Kadang-kadang bila tengok kat board senarai nama budak yang belum bayar yuran (kan dah famous kat situ) eh eh budak ni mix kot.. Hehe.
Mummy, kenapa nama saya pendek aje?
Huwaaa saya pun nak nama glamer...
Dulu masa pregnant pun, ada jugak la saya berangan nak bagi nama anak yang glamour sket macam Natalia.. Katerina.. Haha.. Tapi lepas muhasabah diri, tak jadik pulak nak bagi. Yelah kita ni orang melayu, kalau kita pun mengagungkan nama barat, sapa yang nak pakai nama-nama Islam kan.. Yang penting nama tu membawa maksud yang baik.. Tak gitu?
No comments:
Post a Comment