HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, April 1, 2014

Makan Di Wadihana Islamic Steak House, Bangi


Pemandangan dari luar kedai

Ok.. Kalau entry pasal makan, laju je nak update hehe..
Minggu lepas, saya dengan en. suami dengan Aqeelah pegi cuba makan kat sini.. Saya belanja sempena dapat tunggakan elaun memangku 44 dari Nov-Mac *alhamdulillah* Walau pun kami orang Bangi, tapi ni la first time nak makan sini. Selalunya lalu je hehe..

Bila nak order makan, saya tanya en. suami nak makan apa? Ingatkan dia nak order steak memandangkan kami pun makan kat kedai steak.. Tapi dia order chicken maryland hehe.. Sebabnya dia takut kalau order yang pelik-pelik nanti takut tak sedap pulak, tak berbaloi dengan harga dibayar...

Chicken Maryland untuk en. suami.. Fries tu sedap sangat, panas-panas lagi masa tu. Diserikan lagi dengan mayonis dan jagung bakar. En. suami komplen tepung ayam tu tebal sangat. Tapi bagi saya sedap je..

 Saya pun bukannya order steak, tapi pizza! Ye, di Wadihana Islamic Steak House pun ada jual pizza ye kawan-kawan.. Dan pizza dia dibakar secara tradisional menggunakan dapur arang (kalau tak silap ler). Sedap sangatttt... Sampai suami pun asyik kacau makan pizza saya haha.. Yang saya order ni beef pizza. Highly recommend.

 Yang ni pulak pasta untuk cik Kilah kita.. Pun sedap jugak. Ada dalam menu for kids, RM6.90 kalau tak silap. Aqeelah makan sampai tak tengok orang.

Tengok tu, pipi Aqeelah sama kembang macam rambut daddy.. :p
 

 Pemandangan luar.. Tengok tu macam-macam ada.

Total kami makan seperti di atas hanyalah RM70.20 termasuk tax dan service charge. Agak berbaloi sebab memang sedap, dan portion pun besar sampai kami bawak balik dan saya panaskan untuk breakfast keesokan harinya.. :D




No comments:

Post a Comment

 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal