HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Tuesday, March 18, 2014

Tips Pakaikan Anak Dengan Aksesori Rambut


Entry macam ni pun nak tulis ke? Hehe.. 

Setiap kali saya hantar Aqeelah ke taska atau keluar berjalan-jalan, mesti ada orang yang menegur Aqeelah.. Cakap yang Aqeelah comel Cakap aksesori rambut Aqeelah (hair clips/hair bands) sangat comel.. Macam mana eh dia boleh suka pakai? Ehh bagusnyaa dia tak tanggal langsung cekak rambut tu eh.. Dalam hati mummy memang kembang setaman la kan ekekeke..

Tapi memang pun saya suka sangat pakaikan Aqeelah dengan berjenis-jenis hair clips/bands, topi etc. Pendapat peribadi saya, baby yang pakai aksesori rambut sungguh comel hehe.. Tapi ramai gak budak (perempuan, of course!) yang tak suka diletakkan apa-apa di kepala.. Pakai cekak kejap pastu 5 saat dah tarik balik.. Sian mak nak tengok anak bergaya tapi anak tak suka huhu..

Ini antara beberapa gaya Aqeelah:

 Cekak tu beli kat pasar malam je.. RM5 sepasang

 Hair clip arnab.. Masa ni tengah lepak bilik saya makan-makan dan golek-golek atas toto

Shopping time!

Topi ni beli di Langkawi.. Tapi sayang kena buang sebab daddy buat bekas tadah muntah Aqeelah uhukuhuk

Dalam lift hotel, nak check out

Tengah tunggu beg sampai di KLIA

Pegi taska pun pakai..

Telekung jangan dilupa...

 Pakai topi bunga besar

 Pakai tudung saya

Oklah cukupla tu.. Kalau saya letak gambar banyak-banyak menyampah lak orang hehe..
So apa rahsia Aqeelah suka pakai hair accesories???

Dulu... Masa Aqeelah baby lagi bawah setahun, dia pun tak suka pakai.. Saya je yang suka syok sendiri belikan dia cekak la, klip rambut, topi berbagai jenis nak kasi dia pakai tapi pastu terus dia cabut :( So apa yang saya buat... Saya guna pendekatan reverse physcology.. Dia tak nak pakai, saya pakaikan untuk diri sendiri hahaha.. Kadang-kadang saya acah-acah nak pakaikan kat daddy dia, terus dia tak kasi dan suruh saya pakaikan untuk dia :) 

Selain tu, kalau pergi shopping memang saya akan bagi dia pilih sendiri corak/fesyen mana yang dia nak.. Selalunya beli kat booth atau dekat pasar malam je. Teringin nak beli yang dekat lovely lace baby tapi mahal la pulak.. Tak berbaloi sebab benda-benda ni ada tendency yang tinggi untuk hilang hehe..

Oh ye sedikit tips.. Janganla ikatkan rambut anak anda tinggi-tinggi macam pokok kelapa tu.. Sungguh tak berkenan saya.. Dulu pernah cikgu Aqeelah ikatkan rambut dia macam tu, terus saya bukak kat situ gak haha.. Bukan apa, rambut boleh rosak kalau ikat macam tu.. Lagi-lagi kalau guna getah kedai yang warna coklat tu, lagi laaa.. bila nak bukak, mesti ada rambut yang melekat sekali kat getah tu kan.. Dahla sakit kalau ikat macam tu, kesian kat bebudak..

So itu jelah cara saya.. Mana-mana mommies yang ada anak perempuan bolehla cuba cara saya ye. Semoga berjaya!





Monday, March 17, 2014

Merancang Sambutan Hari Jadi Aqeelah


Dua orang penting dalam hidup

 Rambut kusut masai baru bangun tido


Ok, gambar-gambar di atas tak de kena-mengena dengan tajuk :p 
Biasa kalau bab merancang birthday party anak-anak memang golongan mak-mak lah yang paling busy kan.. Enam bulan sebelum tu dah start pikir-pikir dah haha.. Yelah, kita dah berjuang separuh mati nak bersalin, so bila tiba tarikh istimewa tu mestilah nak sambut... Sebagai tanda ingatan untuk mommies jua :D

10 Julai ni birthday Aqeelah yang ke-2 tahun. Tapi jatuh pada bulan puasa. So saya dah start plan sejak tahun lepas lagi hehe melampau kan.. Antara tempat pilihan ialah McD atau KFC.. Sebab senang tak yah susah-susah kemas rumah lepas habis jamuan nanti. Tetamu sampai, makan, main pastu balik dengan perasaan gumbira.. Tapi kalau buat kat situ, tak bolehlah nak jemput ramai-ramai, sebab boleh tahan gak kos. Campur family saya dan en. suami adalah dalam 45 orang termasuk kanak-kanak huhu.. Tu belum lagi kira kawan-kawan rapat. 

Tahun lepas, saya sambut kat rumah mak saya je. Cuma mak ayah dan adik-beradik saya saja. Family belah suami sorang pun tak datang.. Walau pun agak kecewa sebab saya memang bersungguh nak kumpulkan dua belah family masa tu, tapi tak pelah memandangkan semua pun sibuk dengan urusan masing-masing. Makanan memang banyak lebih, kesian mak ayah saya penat-penat msak. Yelah dah budget untuk jumlah tetamu sekian-sekian, tapi orang yang datang sikit je. So untuk tahun ni, kebarangkalian untuk saya buat birthday party di KFC atau McD adalah tinggi disebabkan faktor yang dinyatakan di atas haha.. Order makan ikut jumlah tetamu yang datang je, so tak lah membazir.

Tapiii.. Ada jugak masalah lain. Ramai antara kakak-kakak saya tak makan fast food :( hmmmm memanglah tak elok makan selalu tapi kadang-kadang saya pun teringin gak hehe.. So sekarang kena pikir alternatif nak sambut kat tempat lain. Yang penting saya tak yah penat-penat masak dan kemas rumah... :)




Tuesday, March 11, 2014

Wordless Wednesday


Sources from mynewshub.my



Tuesday, March 4, 2014

Budak Lelaki Kacau Aqeelah


Biasanya saya akan turun pergi tengok Aqeelah pukul 10 untuk BF dia. Tapi tu pun depends la kalau banyak kerja or bos ada tak boleh la nak turun selalu kan.. Tak best pulak kalau bos cari tapi kita takde kat bilik.

Tadi saya berkesempatan turun sekejap.. Bila dah abis BF, saya hantar Aqeelah masuk kelas balik. Dia tunjuk tilam dia, oklah dia nak baring so saya pun baringkan. Elok je dah baring ada 4-5 orang budak laki (baya Aqeelah) terus kerumun dia, kacau-kacau Aqeelah. Padahal saya ada lagi kat situ. Aqeelah pun menangis la sambil tendang-tendang budak laki yang kaco dia tu hehe..

Budak-budak laki dah start datang. Aqeelah dah buat muka nak nangis

 Hey kenapa tengok-tengok saya haaa??

 Aqeelah dah start tendang-tendang

 Mummy please help me!!

 Haha mummy jahat bukan nak tolong Aqeelah, sibuk snap gambar

Rasanya saya tau kenapa Aqeelah dah tak suka pergi taska, sebab budak-budak tu asyik kacau dia kot... Lawak pun ada, kesian pun ada.. Macam mana nak buat eh..





Monday, March 3, 2014

Rebonding Rambut di Hairven, Alamanda Putrajaya


Bila en. suami tanya nak hadiah apa untuk birthday saya bulan Jun ni, laju-laju je jawab nak rebonding rambut hehe.. Seumur hidup saya tak pernah buat rebonding. Walau pun bertudung, tak bermaksud kita tak boleh bergaya kan.. Lagi-lagi kalau dah kawin ni, mesti la nak selalu cantik depan en. suami :p. Mula-mula tu teringin jugak nak buat perming sebab suka sangat tengok rambut si Zara dalam cerita Love You Mr. Arrogant tu heheh.. Tapi bila buat research, perming lagi banyak guna chemical, so terus cancel..

Jadi hari Ahad lepas kami bertiga pun pergilah ke Alamnda. Appointment dah dibuat 3 hari sebelumnya. FYI, Hairven ni ada special room untuk muslimah. So nanti bolehla request ye special room untuk muslimah. Selain tu kenapa saya pilih Hairven? Selain dekat dengan rumah, sebab utama ialah saya tak nak en. suami boring kena tunggu saya lama-lama dengan Aqeelah haha.. So kalau kat situ bolehla dia bawak Aqeelah jalan-jalan tengok mainan kat Toys R Us kan.. Dan mummy boleh memanjakan diri dengan buat rebonding :)

Appointment pukul 10.30 am. Sampai je saya terus dibawa masuk ke muslimah room. Deco kat Hairven ni bagi saya cantiklah kan, dah kata beroperasi dalam Alamanda.. Harga pun paham-pahamlah ye. Tapi bila masuk dalam muslimah room tu, hmmm saya rasa macam diorang buat ala kadar je bilik tu, tak secantik yang ruang open kat luar tu. Bilik tu kecik je, cukup untuk 2 orang customer dan satu kerusi untuk basuh rambut tu *ntah apa nama sofa tu saya tak tahu hehe*.

tempat basuh rambut

 tengok tu bersepah-sepah towel kat rak tu.. tak sedap mata memandang kan

Bagi yang tak pernah buat rebonding (macam saya) proses rebonding ni sangat lama ye, depends dengan panjang/tebal rambut korang. Masa saya buat ni ada 2 orang hairstylist yang attend saya. Bila diorang tahu saya first time nak buat rebonding, macam-macam la nasihat diorang bagi kat saya sampai saya pun confuse, diorang ni macam tak kasi saya buat rebonding je hehe.. Tapi tangan laju je sapu krim rebonding tu kat rambut. 
Kemudian dalam pukul 12 lebih macam tu en. suami pun hantar Whatsapp kata Aqeelah dah penat, dia cari saya huhu.. Saya pun suruh en. suami bawak Aqeelah masuk sini. Tapi dia tunggu luarlah sebab lelaki tak boleh masuk. So masuklah Aqeelah duduk sekali dengan saya. Ooo sini rupanya mummy dia nyorok hehe.

Gambar selfie Aqeelah. Sorrylah watermark yang tak consistent itu, baru belajar la katakan

Tepat pukul 2 pm saya pun siap! Yeaaa rambut mummy dah cantik :D Tapi gambar rambut hasil dari teknik rebonding ni tak leh la tunjuk ye hehe. Tapi sangat-sangat puas hati la. Aqeelah pun ternganga tengok rambut mummy dia wahhh nape mummmy cantik sangat ni biasa rambut macam mak lampir hehe.. Oh ye masa rebonding ni saya amik sekali pakej untuk treatment rambut, so total damage ialah RM370 T_T
Hasil rebonding dari Hairven ni saya bagi 4 setengah bintang sebab memang saya puas hati.. Tips jaga rambut selepas rebonding pun hairstylist bagi. Cuma yang saya tak berapa berkenan tu ialah keadaan dalam muslimah room tu yang sangat sempit, dan kadang-kadang bila hairstylist tu kuar-masuk bilik tu diorang lupa/malas nak tutup pintu tu balik.. Sampai orang kat luar tu pun boleh nampak kami kat dalam. Tu yang geram tuuu..

Abis rebonding, pergi makan dan beli produk rambut yang sesuai untuk rambut rebonding. Mungkin lepas ni boleh buat entry khas untuk jaga rambut rebonding *kalau saya berjaya jaga la hehe* Jadi inilah hadiah birthday saya untuk tahun ni.. Birthday belum sampai lagi tapi dah dapat awal. Tq abg :*



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal