HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Thursday, April 17, 2014

Tudung Fareeda


Duta Fareeda, Mrs Fizo

Baru-baru ni terbaca dalam online news yang Fareeda buat operasi dengan KPDNKK untuk rampas tudung-tudung yang menciplak design Fareeda.. Sebabnya tudung-tudung Fareeda ni sangat ekslusif dan telah dipatenkan. Emm saya bukanlah peminat Fareeda. Tudung Fareeda pun saya takde. Walau pun kedai Fareeda yang dekat Bangi tu dekat je dengan rumah, tapi tak pernahlah lagi saya masuk kedai dia.
Sebab.. Saya memang tak pakai tudung yang ada awning ni. Tapi ada la jugak kawan-kawan yang kata, tak kisah bentuk muka kita macam mana, tapi kalau pakai tudung Fareeda, mesti nampak cantik marvellous gitu.. Tapi tak pernahla pulak saya cuba pakai. Lagi satu, bagi saya harga tudung ni mahal sangat, mostly RM100++.. Tak sanggup la pulak nak invest duit beli tudung semahal tu, nanti en. suami mesti bising hehe.. Dan melalui pengamatan saya, tudung Fareeda ni macam singkat sangat, tak menutup dada.. Tapi pastu masa blogwalking saya nampak pulak gambar ni:



Yang ni macam ok.. Kalau en. suami tengok pun mesti dia approve :)


So tetiba teringin lak nak ada satu hehe.. Nak cuba something new la katakan.. Sebelum ni dah 4 tahun lebih saya pakai tudung syria saja.. Tapi saya beli kat pasar malam je la hehe.. Jimat duittt.. Pas ni nak ajak la en. suami terjah kedai Fareeda nanti :)



Thursday, April 10, 2014

Toys R Us Members Clearance Sale


Ok cerita ni dah basi sket... Kejadian ialah pada bulan Mac 2014.

Dapat SMS dari Toys R Us jemputan *jemputan la sangatt* untuk ke Star Member Clearance Sale di Summit USJ.. Apa lagi terus bagitau en. suami.. Hajat di hati nak borong baju tidur Dora untuk Aqeelah.. Sebabnya memang murah satu set pyjama tu RM18 je.. Last year saya dah pergi, dapat la beli 3 helai. Tapi budak-budak ni kan cepat je membesar. So nak kena cari yang size 2 tahun pulak.

Sebelum pergi tu, azam dalam hati tak mo dah beli toys untuk Aqeelah hehe.. Sebab mainan dia memang banyak dan bersepah-sepah. Asal keluar je, nak bagi dia senyap, rasuah dengan toys baru.. Balik rumah je terus dia campak-campak.. Sabar je laaa..

Tapi nampaknya azam saya tak kesampaian. Sebab sampai-sampai je kat depan pintu masuk, Aqeelah dah terkam benda ni:

Baby Alive!! RM160.50... Kalau harga asal tengok kat Toys R Us dan Parkson, RM239.90... Banyak tu murah.. Hati mummy pun jadi gundah


 Tak kelip-kelip Aqeelah pandang.. ''Mi Mi baby.. Baby!'' Tu je yang dia cakap. Dia memang macam ni nampak je anak patung dia akan panggil baby.


 Dia cuba nak angkat, tapi berat pulak


 Melilau cari daddy.. Daddy bolehlah belikan untuk saya uhuhukhuk

Disebabkan Baby Alive tu, azam taknak beli toys tu tinggal azam jelah.. Hati mummy ni sungguh cepat cair kan :( Belila jugak patung tu untuk dia.. Baju tidur Dora tak adelah pulak, tapi ada pyjama Sesame Street yang cantik-cantik dan murah lagi dari Dora, RM15 je. So haruslah saya rembat 4 helai.. Daddy lak belikan mini bicycle untuk Aqeelah sebab dah selalu sangat kacau basikal sepupu dia kesian lak kawan tu nak main..
Dah abis shopping, beginilah keadaannya:

Dua plastik besar baju dan toys untuk Aqeelah.. Ni untuk stok setahun ok.. Setahun tau mummy tak nak beli baju/toys untuk awak dah haha..

 Ada cerita menarik pasal Baby Alive tu.. Disebabkan dia boleh berjalan dan bercakap, jadi sebelum nak tidur saya pun simpan la dalam almari baju Aqeelah. Yelah takut pulak kalau tetiba dia berjalan malam-malam kang tak pasal-pasal je hehehe. So satu hari tu lepas bangun tidur, saya tengok Baby Alive tu elok je baring atas lantai huhu.. Saya suspect Aqeelah la yang keluarkan *tak nak pikir bukan-bukan* Tapi Aqeelah memang suka la main dengan Baby Alive tu.. Siap nak suapkan makan, pakaikan dia diaper hehe.. Asal makan je mesti nak suapkan baby gak. Suka hatilah.. Tapi malam kena simpan!



Monday, April 7, 2014

Makan di Bumbu Desa, Alamanda Putrajaya


Tasya dan Sally adalah dua orang kawan baik saya yang saya kenal masa mula-mula join service.
Kami dapat confirmation dan pergi induksi sama-sama...
Dapat promotion 44 pun sama-sama..
Cuma lain jabatan/kementerian je.

So plan nak pergi makan kami 3 orang ni dah lama dah.. Mula-mula nak pergi sebelum si Tasya tu bersalin, tapi dia bersalin awal lah pulak..
So akhirnya selepas lebih 4 bulan bertukar, barulah ni first time dapat jumpa heee...
Tempat yang ditujui ialah Bumbu Desa, Alamanda. Cadangan dari Sally sebab dia pernah makan celebrate anniversary kat sini katanya..

So hari Jumaat kan waktu rehat lama, teruslah menuju ke sini.
Interior design memang cantik, terasa ala-ala Bali gitu walaupun saya tak pernah pergi Bali.
Saya sampai dulu sebab office saya paling dekat hehe..

Gambar dari fon saya

 Gambar dari fon Sally

 Total bill

Disebabkan saya dan Sally dah dapat elaun memangku tapi Tasya belum dapat lagi sebab cuti bersalin, so kami belanja Tasya dulu.. Pas Tasya dah dapat elaun memangku nanti baru dia belanja kami pulak :p
Makanan bagi saya biasa-biasa je, lagi sedap Wong Solo dengan Pondok Malindo kot. Lupa lak nak amik gambar makanan sebab masing-masing dah lapar hehe

.Dan mahal la sebab takdelah sedap sangat pun. Contohnya ayam bakar tu, seketul kecik tu dah RM11.50 padahal ayam dia kecik je pun.. Kalau kat Wong Solo dah boleh dapat satu set siap nasi dengan air mineral.. Tapi kalau nak celebrate or nak pergi tempat yang high class/takde gangguan maybe sesuai lah.. Masa kami makan situ pun, cuma kami bertiga je. Pelik jugak sebab kan selalu waktu lunch hour semua tempat makan kat Alamanda kebanyakannya dah penuh kan.. Bila kami nak balik, barulah ada orang lain masuk.

Rating? Saya bagi 3 out of 5..




Tuesday, April 1, 2014

Makan Di Wadihana Islamic Steak House, Bangi


Pemandangan dari luar kedai

Ok.. Kalau entry pasal makan, laju je nak update hehe..
Minggu lepas, saya dengan en. suami dengan Aqeelah pegi cuba makan kat sini.. Saya belanja sempena dapat tunggakan elaun memangku 44 dari Nov-Mac *alhamdulillah* Walau pun kami orang Bangi, tapi ni la first time nak makan sini. Selalunya lalu je hehe..

Bila nak order makan, saya tanya en. suami nak makan apa? Ingatkan dia nak order steak memandangkan kami pun makan kat kedai steak.. Tapi dia order chicken maryland hehe.. Sebabnya dia takut kalau order yang pelik-pelik nanti takut tak sedap pulak, tak berbaloi dengan harga dibayar...

Chicken Maryland untuk en. suami.. Fries tu sedap sangat, panas-panas lagi masa tu. Diserikan lagi dengan mayonis dan jagung bakar. En. suami komplen tepung ayam tu tebal sangat. Tapi bagi saya sedap je..

 Saya pun bukannya order steak, tapi pizza! Ye, di Wadihana Islamic Steak House pun ada jual pizza ye kawan-kawan.. Dan pizza dia dibakar secara tradisional menggunakan dapur arang (kalau tak silap ler). Sedap sangatttt... Sampai suami pun asyik kacau makan pizza saya haha.. Yang saya order ni beef pizza. Highly recommend.

 Yang ni pulak pasta untuk cik Kilah kita.. Pun sedap jugak. Ada dalam menu for kids, RM6.90 kalau tak silap. Aqeelah makan sampai tak tengok orang.

Tengok tu, pipi Aqeelah sama kembang macam rambut daddy.. :p
 

 Pemandangan luar.. Tengok tu macam-macam ada.

Total kami makan seperti di atas hanyalah RM70.20 termasuk tax dan service charge. Agak berbaloi sebab memang sedap, dan portion pun besar sampai kami bawak balik dan saya panaskan untuk breakfast keesokan harinya.. :D




Evolusi Nama Anak Zaman Sekarang


Saya perasan.. Zaman sekarang ni, trend orang bagi nama anak panjang yang berjela-jela.
Semestinya nama-nama yang moden dan unik menjadi pilihan.

Sebagai contoh, kalau anak perempuan:
Zara Marissa Amanda Batrisyia.. 

Anak lelaki:
Rayyan Danial Isaac
 
Amboii kemain lagi nama.. Tu belum campur nama ayah lagi..

Rasanya dah takde dah parents yang bagi nama anak macam Halim, Halimah, Zaitun, Abu.. Hehe. Saya ingat lagi, kalau zaman saya sekolah dulu, budak yang nama Nadia, Natasya, Maria, Diana, Danial tu pun dah dianggap glamer abis dah dan orang ingatkan mesti anak mat salleh hehe..

Macam kat taska Aqeelah, saya selalu intai-intai senarai nama dalam buku kedatangan setiap pagi lepas hantar Aqeelah, wahhh panjangnya nama.. Memang gigihla parents nak tulis setiap kali tulis kedatangan anak kan.. Rasanya nama Aqeelah yang paling pendek dan 'kampung'. Tapi actually Aqeelah ada juga nama kedua iaitu Aqeelah Bahirah. Bahirah tu MIL yang bagi.. Kami ikutkan saja. Tapi nama panggilan tetap Aqeelah. 

Balik pada nama tadi.. Ya, nama kawan-kawan Aqeelah semua panjang-panjang dan ada bunyi-bunyi mat salleh.. Kadang-kadang bila tengok kat board senarai nama budak yang belum bayar yuran (kan dah famous kat situ) eh eh budak ni mix kot.. Hehe. 

Mummy, kenapa nama saya pendek aje?

 Huwaaa saya pun nak nama glamer...

Dulu masa pregnant pun, ada jugak la saya berangan nak bagi nama anak yang glamour sket macam Natalia.. Katerina.. Haha.. Tapi lepas muhasabah diri, tak jadik pulak nak bagi. Yelah kita ni orang melayu, kalau kita pun mengagungkan nama barat, sapa yang nak pakai nama-nama Islam kan.. Yang penting nama tu membawa maksud yang baik.. Tak gitu?



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal