HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Sunday, February 22, 2015

Tips Cerai Susu Badan (Wean-Off)


Cik Kilah tahun ni dah nak masuk 3 tahun.. Tapi masih lagi mengempeng dengan saya hmm.. Bangun tidur mesti cari saya, nak susu dulu pastu baru nak bangun. Kalau dia bangun tidur nampak-nampak je muka daddy uwaaa mesti nangis sampai la saya datang. Kadang-kadang tu saya rimas jugak. Yelah kita pun ada kerja lain nak buatkan, bukan nak ngadap dia sorang je. Kalau tak layan makin kuat dia nangis. Susah hati jugak ni macam nak stop susu kalau macam ni? Ni bukan phd je saya dapat tapi double phd sekali hehe..

Hari tu saya cakap dengan dia, Aqeelah kan dah besar, tak payah susu mummy lagi ye. Dia angguk-angguk macam paham. Nak tidur tu golek sana golek sini, kejap-kejap kelip-kelip mata buat muka comel pandang saya mintak susu. Saya cakap 'ehhh tadi kan kata tak nak susu dah...' Tau dia cakap apa? Kakak nak pegang je...! Adoii hahha.. Sekarang ni memang dia bahasakan diri dia kakak.

Susu saya memang dah takde. Lepas bersalin hari tu doktor memang ada bekalkan saya ubat stop susu so saya telan jelah. Bukan ada baby pun kan nak minum susu kita kecuali baby besar ni haha.. Lupa pulak nama ubat tu tapi kecik je dan doktor cuma bagi 2 biji je. Tak tau pulak kalau ada side effect (selain berhentikan susu). Saya makan pun sebab pikir nanti leceh pulak nak kena pam susu dalam ofis. Cik Kilah ni memanglah boleh minum tapi takut makin galak lak dia menyusu nanti. Lagipun saya takut pulak kalau-kalau kena breast abscess balik huhu ngeri sungguhh..

So sekarang ni apa yang saya buat, bila dia mintak baru saya bagi.. Terutama bila nak tido jelah. Tu pun saya cakap, ok sekejap je 1 minit tau! Bila dah agak-agak 1 minit saya cakap, ok dah dah abis dahh.. Dia pun terus lepas dan tidur sendiri. Setengah jam lepas tu terjaga tidur mintak lagi susu T__T

Apa-apa jelah cik Kilah asal awak bahagia!!

Oppss sorrylah cerita tak kena sangat dengan tajuk.. Nampaknya saya pun kena cari lagi tips untuk wean-off!



Coach Handbag Untuk Di Let Go


Perempuan mana yang tak suka handbag kan? 

Dulu masa belajar dulu tak mampu pun nak beli handbag. Cuma pakai beg galas yang bawak gi kelas je. Nak dating pun bawak beg galas hehe. Bila dah kerja, barulah merasa nak beli handbag. First handbag saya beli masa mula-mula start kerja ialah handbag Guess sekitar tahun 2009. Beli dengan harga RM400. Masa tu memang dasat sangatla kan pakai handbag Guess. Nak-nak masa tu dah dekat raya, melaram la saya ;p Tapi sayang beg ni tak tahan lama, kulit dia dah terkopek-kopek. Sedih betul. Tapi apa nak buat sebab bukan leather pun.

Bila dah stabil sket, mulalah beranikan diri masuk ke butik-butik yang up sket. Tapi Coach je lah yang mampu buat masa ni. Rasa tak tergamak lagi nak beli handbag mahal-mahal lebih dari 2k. Kalau ada yang mampu tu silakan la beli, anda memang beruntung :)

So di kesempatan ni saya nak let go lah handbag Coach saya (kalau ada sudi beli ler..). Actually ni hadiah hari jadi dari en. suami, tapi dia izinkan saya jual. So saya pun jual jelah haha.. Sebabnya memang saya jarangggg sangatttt pakai handbag ni. Adalah dalam sekali dua kot. Mungkin tak kena dengan gaya saya kot sebab saya suka beg yang boleh sangkut kat bahu. Tapi beg ni jenis yang pegang ala-ala datin tu. Tapi kalau nak sangkut kat bagu tak nak pegang pun boleh juga, tapi kena kepitla hehe.

Saya ada iklankan kat mudah for 1.5k tapi tak mendapat sambutan ;( Maybe saya letak harga mahal sangat. So saya jual kat dalam blog ni RM1.3 k sahaja.. Harga beli almost 1.7k, dah untung banyak dah sape beli tu. So kalau interested bolehla tinggalkan komen kat bawah atau emel saya ati_7676@yahoo.com. Jangan malu-malu tanya ye. Guaranteed 100% original! Saya beli kat Coach Alamanda, bukan online. Saya akan bagi resit, care card, box dengan paper bag sekali. COD area Bangi, Kajang, Putrajaya.









Sunday, February 15, 2015

Mini Cooper Untuk Aqeelah


Perbualan suami isteri pada sewaktu petang yang sunyi:
 
Saya: Abang, apa kata kita beli hadiah birthday awal untuk Aqeelah sebelum bermulanya GST?
 
Suami: Bagus juga tu. Nak beli apa?
 
Saya: Kan hari tu dia sibuk-sibuk cakap pasal beskal Hello Kitty..
 
Maka Ahad lepas bermulalah pencarian kami anak-beranak basikal Hello Kitty yang diidam-idamkan cik Kilah ni. Menurut sumber-sumber dari kawan-kawan en. suami, di Chow Kit paling murah jual basikal budak-budak as compared to Nilai 3. So mummy and daddy pun memasang impian tinggi untuk mencari basikal Hello Kitty idaman Aqeelah.
 
Tapi takde! Frust sungguh. Kami masuk ke setiap kedai basikal di Chow Kit tapi takde yang jual basikal Hello Kitty. Yang ada macam jens scooter tu seperti gambar di bawah:
 
 
Memang cantik dan harga pun murah. Tapi awak tak pandai main lagi le saying.. Tunggu dah besar sket nanti mummy beli eh.
 
Ada la jugak 2,3 jenis basikal yang bukan Hello Kitty yang cik Kilah try main tapi gaya excited tiada di situ. Maka tahulah kami suami isteri yang cik Kilah memang tak minat langsung dengan basikal yang dijual di Chow Kit.
 
Pastu orang kedai tu offer naik Mini Cooper.. Tadaaa...
 
 
 
Hohoho masa ni baru Nampak muka cik Kilah excited sket nak main.. Kereta ni boleh bergerak sendiri, just tekan pedal macam kereta biasa tu. Nak guna remote control pun boleh. Siap ada MP3 lagi *nanges*
 
 
Pastu kita try kaler putih pulak. Sebab kereta mummy n daddy dua2 kaler putih so anak pun kena la amik kaler putih gak! :)
 
 
Bapaku pulang dari kota.. Bapaku belikan kereta.. Kereta kecil warna putih, boleh ku bawa ke sekolah~~
 
Jadi kata sepakat diambil, kami pun beli jelah Mini Cooper tu untuk Aqeelah.. Harganya masih reasonable dari yang kami survey kat internet ada yang sampai RM400++.. Tapi yang ni cuma RM280 sahaja. Bolehlah setahun sekali kan *poket rabak*
 
So kalau ada yang nak beli, saya suggest korang pergi kat kedai ni:
 
 
Haaa ingat tau kedai ni! Bukan nak promote, tapi kedai ni paling senyap, paling bersih, paling mesra alam compare dengan kedai lain! Harga memang lebih kurang sama, tapi yang saya perasan kedai lain diorang just susun timpa kereta tu banyak2 sampai ada yang kemek! Kedai ni Nampak bersih dan teratur sikit sebab kereta dia semua berkilat-kilat!
 
Oh ye selain Mini Cooper, ada jugak Audi, BMW, Range Rover dan kereta-kereta lain yang tak mampu nak beli so marilah kita beli kereta mainan saja haha.. Sama macam kereta betul, yang mainan ni pun lagi mahal brand, lagi mahal kereta mainan tu. So Mini Cooper ni among the cheapest la *nanges lagi*
 
Ok dah beli kereta.. Jom test drive :)
 
 
Pewittt anak dara sape ni
 
 
Bagi sepupu, Hadif main pulak.. Bagus anak mummy ni kita main sama-sama kan! :)
 
 
Amik hati sket, lepas ni bolehlah tumpang hehe
 


 
Macam mana cik Kilah best ke kereta tu.. Jimat sket duit mummy takdelah asyik nak mintak naik kereta Hello Kitty kat Alamanda tu.. Sekali main RM2.. Tapi main sampai 5 trip.. Kalau setahun?
 
Oklah tu aje nak cerita.. Mummy pun takde kereta Mini Cooper, daddy belanja satu yang betul punya boleh?? Hehe :p




Hello Kitty Kenapa Kamu Comelll Sangattt

 
 
Sumber dari en. google
 
Ini bukan pengaruh rakan sebaya tapi pengaruh dari anak!
 
 
Mula-mula en. suami cuma download video Hello Kitty dari youtube untuk cik Kilah ni.. Lepas tu dia pun dah kenal dengan Hello Kitty so mulalah mintak macam-macam yang ada gambar Hello Kitty macam soft toys, botol susu, sticker, baju etc.. Yang mummy pun layankan jelah. Kalau jalan-jalan tu jumpa barang Hello Kitty yang cik Kilah berkenan dan reasonable harga, memang terus beli. Tengok cik Kilah happy dapat barang dia mummy pun mestilah happy. Last-last mummy jadi addicted nak kumpul barang Hello Kitty untuk cik Kilah!
 
Saya cari dalam Qoo10, banyakkk sangattt barang Hello Kitty dalam ni. Yang susah nak jumpa kat luar pun banyak, macam nail clipper, rice cooker, iron pun ada! Ikutkan nafsu semua nak beli. Tapi saya muhasabah diri ambik yang penting-penting je dulu. Konon nak pakai bila rumah dah siap nanti. Kononnn.. (yelah kan!) Semak pun belum tebas lagi entah bila nak buat rumah hehe.. Tapi takpelah kita beli dulu dan simpan, sebab ni bukan makanan ada expiry date.
 
Toilet seat cover untuk bilik air cik Kilah! Yang ni sebijik macam yang saya beli kat Qoo10. Harga Rm146, tak tau la murah ke mahal tapi yang ni paling kiut heheh.. Gambar dari en. google juga
 
 
 
Hello Kitty shower! Yang ni pun saya beli kat Qoo10. Harga RM36. Nanti mummy nak tumpang mandi kat bilik air Aqeelah boleh hehe :p
 
 
Hello Kitty Pudding Tray! Boleh jugak kalau nak bake dalam ni. Mesti comel kannn auwww.. Kalau mummy rajin mummy buat untuk kamu ye nak :p Harga RM19 juga dari Qoo10.
 
 
Tapi semua barang ni tak sampai lagi.. Ada yang shipping dari Korea so kena la sabar menunggu..
 
Saya berangan-angan nak buat bilik dia macam ni boleh?
 
 
Angan-angan je tak salah kan? Kalau ada rezeki lebih insya-Allah mummy akan buat untuk kamu ye..
 
 
Haiii untunglaaa anak-anak zaman sekarang kan. Saya dulu ingat lagi, kalau kain cadar nak tukar baru pun mak suruh pakai je mana yang ada. Kadang-kadang cadar kaler purple, sarung bantal kaler oren pun bolehhh :) Colour block katanya hehe..
 
Bila rumah mummy nak siap?? Hmm..
 
 
 




Thursday, February 12, 2015

Aktiviti Sepanjang Cuti Bersalin

 
Masih lagi dalam mood cuti bersalin walau pun dah 3 minggu  masuk kerja.
 
Saya cuma ambil cuti bersalin selama 2 bulan saja. Yelah kita bukan ada baby nak jaga kan :( Cik Kilah pulak suami saya hantar taska sampai bulan Nov je sebab dia kesian saya kena layan budak kecik tu masa pantang nanti. Bila masuk bulan 12, dah tak anta taska dah.
 
2 minggu pertama lepas bersalin mak mertua saya yang jaga. Sebab saya pun duduk sekali kat rumah MIL hehe.. Pagi-pagi saya akan mandi dengan daun-daun yang dah direbus, air tu amik untuk mandi. MIL la yang prepare semua dah en. suami akan angkut air masuk dalam baldi. Tiga hari pertama lepas bersalin saya berurut macam biasa. Tukang urut dating kat rumah. Untuk 3 hari ni dia caj RM250.
 
Lepas mandi saya makan breakfast pulak. Untuk breakfast dia akan sediakan roti bakar, mushroom soup dan milo panas. Makan tengah hari biasanya daging masak halia atau black pepper, daun pegaga, black pepper yang dah ditumbuk dengan buah oren. Minum pulak air suam yang masih panas. Sebab saya tak de jahit so mak mertua saya kata boleh makan ayam. Tapi tak boleh minum air banyak sebab takut peranakan kembang.. Tapi yang ni memang saya tak ikut, saya minum je air masak banyak-banyak sebab takut kena sembelit. Tapi minum senyap-senyap la dalam bilik takut MIL Nampak hehe..
 
Lepas dua minggu tu MIL tak berapa nak jaga dah sebab temankan SIL kursus di Johor 2 bulan. So berpantanglah saya dengan en. suami dan Aqeelah mengikut cita rasa saya sendiri hehe. Sebab tak de baby, so saya berani la nak makan ikut tekak saya sendiri tapi takdelah banyak. Kadang-kadang suami hantar saya kat rumah kakak saya kat seksyen 4 Bangi sebelum dia pergi kerja. Wahh kalau saya pergi rumah kakak saya memang saya happy sebab dia masak sangat sedap :p So kat sini memang tak pantanglah, makan je apa dia masak yang penting sedap hehe. Tapi pakai bengkung tetap jugak saya pakai sampai 44 hari.
 
Cik Kilah kalau pergi rumah kakak saya ni pun mesti happy sebab dapat main dengan sepupu-sepupu dia  :)
 
 
Cik Kilah dengan sepupu, Asya. Diorang ni sebaya selang sebulan lebih je tapi Nampak Cik Kilah lagi besar lak.. Maaflah watermark yang terpotong tu, malas nak edit balik
 
 
Walau pun takde mainan, panjang je akal nak main apa, panjat kerusi meja la.. Biasa la budak-budak
 
 
Kat rumah kakak saya lagi.. Bersama Ami, Asyfa, Cik Kilah dan Aniq. Masa ni hari pertama sekolah dibuka
 
 
Sedap kan Mama Ima masak! Walau pun cuma spaghetti biasa tapi sedappp
 
Kalau tak pergi rumah kakak saya, saya pergi pulak rumah mak. Kat rumah mak pun ada jugak sepupu Cik Kilah sebab masa tu kan cuti sekolah. So semua orang pakat-pakat kumpul rumah nenek :D
 
 
Ni Aufa anak kakak saya no. 2. Main playdoh sama-sama. Spek itam tu baru beli, nak tido pun Cik Kilah pakai jugak haihh
 
 
 
Tidur sama-sama. Senang nak tidokan kalau ada kawan, takdelah dia mengempeng je dengan saya huhu
 
 
Cik Kilah bersama A'an, Aufa dan Nawfal. Gambar pecah pulak
 
Aikkk semua gambar cik Kilah mana gambar mummy?? Hehe ada ke nak tengok. Gambar saya tak payahlah sebab dalam pantang memang selebet mana sempat mekap kan haha..
 




Tuesday, February 3, 2015

Sebuah Pusara


Gambar pengubat rindu.



Cuti Bersalin 2 Bulan Dah Habis


Entry pertama untuk tahun 2015.

Dah seminggu dah saya start masuk ofis kerja balik macam biasa. Saya cuma ambil cuti bersalin 2 bulan je. Sayang pulak kalau amik 3 bulan sebab bukan ada baby nak jaga pun :(

Masa tengah cuti bersalin hari tu memang plan nak isi masa lapang dengan berblogging. Tapiii.. Cita-cita hanya tinggal angan-angan haha. Asyik kena kacau dengan cik Kilah je. Dia memang pantang kalau tengok saya on je laptop mesti nak mengendeng sama, cakap ''Kakak nak buat kerja!'' Oh dia dah banyak cakap sekarang. Sepanjang saya cuti bersalin memang dia tak pegi taska. Sapa pulak nak pegi hantar-ambil dia nanti, saya tengah berpantang, en. suami kerja kat Sentul, so duduk jelah dengan mummy ye..

Nanti la saya update cerita pasal cik Kilah.. Kalau ada yang sudi baca la :)

Nah tepek gambar cik Kilah sekeping :)



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal