HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Monday, April 20, 2015

Product Review: M.A.C Sheer Mystery Powder



Sejak dari tahun 2009 mula kerja, baru sekarang merasa nak pakai make up MAC.. Sangat kesian kan haha. Bedak MAC ni actually dah lama saya usha.. Pendam je dulu dalam hati, korek-korek tabung bila ehhh dapat rasa pakai barang MAC hehe.. Masuk butik MAC pun tak pernah.. 

So hari tu masa lunch hour jalan-jalan dengan kawan ofis, ajak Tasha temankan masuk MAC. Dia memang biasa pakai barang MAC, so kalau masuk dengan dia nanti takdelah rasa segan sangat hehe.

Masuk je dengan muka confident terus cakap kat SA nak bedak Sheer Mystery Powder.. SA pun ambil dan terus apply kat tangan.. Wahhh cantiknyaaaa terus jatuh cinta.. Tekstur dia sangat soft.. Bila sapu kat kulit smooth je hehehe. Packaging pun cantik. Suka sangat! SA tu pulak sebab nak sales kan, haruslah dia promote macam-macam pasal bedak tu.

Lalu dengan hati yang gembira mummy pun tanpa ragu-ragu terus beli. Yelah selalu beli barang cik Kilah, harga ratus-ratus pun tak pe. Tapi untuk diri sendiri kedekut pulak.. Apa salahnya sekali-sekala reward untuk diri sendiri ye tak? :p

My first MAC. Kotak dia memang besar.. Sebab skali dengan refill. So takdelah mummy rasa berdosa sangat beli hehe.. Harga RM292 include GST. Harap-harap tak yah beli bedak lagi untuk setahun.

 Dapat free gift primer juga.. Pakai sebelum pakai bedak

Rupa dari luar

 Rupa dari dalam

Ada peristiwa masa first time pakai bedak ni.. Sponge jatuh dalam toilet haaha.. Saya memang selalu mekap dalam toilet je sebab dalam toilet je lampu paling terang :p Sekali masa nak bukak sponge pun terus jatuh kena lantai toilet yang basah sobs.. Terus tak berani nak pakai dah, mesti dah banyak bakteria dah masukk awww tak kuasa nak tepek kat muka pulak.. So pasrah saja dan gunakan saja brush untuk sapuan lebih rata.
Verdict? Saya sangatttt suka okayyy.. Kulit saya jenis yang oily jugak, tapi lepas pakai ni tak yah nak pakai oil blotters dah, nampak cantik je hehe puji diri sendiri apa salahnya kan. Dan mekap tetap nampak cantik sampai petang walaupun tak touch up. Memang mystery sungguh bedak ni semesteri namanya hehe..

Ok ni gambar masa fire drill di ofis.. Walau pun cuaca panas terik, mekapku tetap tak cair hehe..

 So sape-sape yang tengah nak cari bedak yang sesuai untuk muka tapi tak nak nampak heavy sangat, boleh la try Sheer Mystery Powder ni.. Really worth your money! Walau pun harga mahal, tapi datang sekali dengan refill so tak yah pikir nak beli bedak setahun hehe.

Lepas ni mungkin akan consider untuk beli lipstic pulak. Adoiii memang la perempuan tak pernah puas dengan apa yang ada kan!



Wednesday, April 8, 2015

Post Bulan April Masih Belum Buat Hehe..


tepek gambar cik Kilah sekeping..
 
Ok memang dah lama dah update blog.. Bukanlah sebab saya malas. Sebenarnya banyak je idea menulis dating, tapi saya malas nak amik-gambar-tepek-sini-amik-gambar-publish-kat-fb/ig.. FB dengan IG pun saya takde. Serius! Saya selalu kagum dengan blogger yang rajin berselfie amik gambar sendiri tapi dalam masa yang sama kena jaga gak anak-anak yang kecik lagi. Kalau saya la em... Tengah dok sibuk-sibuk berselfie nanti en. suami dok jeling-jeling saya kenapa tak jaga cik Kilah ni takkan nak bagi dia sorang je pegang hehe.. So mummy tak payah la selfie, amik je gambar cik Kilah tepek kat blog ni kat senang :)
 
Selfie satu hal, belum lagi part mak bapak asyik dengan hp tapi anak dok main sampai kacau orang pun tak sedar.. Kalau kacau orang ok lagi, kalau dia terjatuh/orang culik tak ke kes naya?? Nauzubillah.. Bila diingatkan kes-kes macam ni la saya jarang pegang fon kalau keluar dengan cik Kilah. Hp pun selalu je saya tinggalkan kat rumah, pastu bila tak jumpa en. suami kat supermarket mulalah menggelabah hehhe.. Bukannya apa, bagi saya bila kita nak spend masa dengan suami dan anak tak payahla buat benda-benda lain selain focus pada mereka berdua ni saja. Kalau nak amik gambar pun en. suami boleh amikkan, saya dengan cik Kilah posing aje :)
 
Ok membebel pulak pasal benda ni, ngaku jelah dah takde idea nak tulis :p
 
Oh ye nanti saya nak tulis pasal percubaan saya tak makan nasi hehe, dah 4 minggu ni saya tak makan nasi :p Kita tengok mummy boleh kurus ke tak macam dolu2 before kawin hehhe..
 
Betul ke mummy tak lapar ni?? Nah Aqeelah bagi wafer sket :p




Sunday, March 8, 2015

Makan di Nathan's Famous dan Dip n Dip

 
 
Ahad lepas plan asal nak bawak Aqeelah pergi taman main kereta Mini Cooper dia.. Tapi pukul 11 tu cik Kilah tido tengahari pukul 1.40 pm baru bangun.. Lunch pun tak lagi memang kelaparan la kan.. En. suami pun mengusulkan supaya lunch merangkap dinner di IOI Putrajaya sajork.. Kalau sempat baru pergi taman..
 
 
Kali ni nak try makan kat Nathan's Famous.. Sebelum ni pernah try tester diorang masa pergi tengok ice skating tapi macam tak minat pulak nak makan sana. Lepas baca history pasal Nathan's Famous kat Mynewshub terus tertarik nak cuba. Jadi moh le kita ke sana...
 
 
Sampai-sampai tengok deko dia yang menarik..
 
 
Pilihan menu yang ada
 
Cik Kilah tak sabar tunggu makanan.. Laparla katakan.. Cara order sama macam fastfood biasa, bayar dulu kat kaunter nanti diorang anta makanan.
 
Yeayy dah sampai! Ni daddy punya, nama dah lupa tapi ada cheese...
 
 
Ni lak mummy punya share dengan Aqeelah.. Ni chicken tenders..
 
Nathan's Famous ni asal dari New York kalau tak silap.. Dan baru saja dibawa ke Malaysia dan yang pertama ni Asia. Kalau sesape nak buat franchise pun boleh..
 
Macam mana rasa dia? Bagi saya memang sedap! Saya yang tak suka sangat hotdog pun boleh layan. Tapi portion dia agak kecik and quite pricey la.. Total dua set makanan di atas adalah RM40++. Tapi pastu en. suami tambah lagi beef (hotdog saja + roti) untuk cik Kilah sebab macam tak cukup.. Portion dia just nice saja untuk orang yang berdiet kot hehe.. Kalau makan kat Chilis or Tony Romas pun dengan harga macam ni lagi kenyang kot.. Tapi sedap tu memang tak dinafikan.
 
 
Aqeelah tengah cakap kat mummy sedappp kann mummy makan sini! Laju je budak kecik ni makan huhu.
 
Mummy tolong amikkan fries..!
 
 
Budak yang happy sebab dah kenyang
 
 
Daddy soh posing pun layan je sebab suka hati dah kenyang hahaha
 
Tapi mummy tak kenyang lagi.. Adoiii macam mana nak kurus ni T__T. Terus en. suami kata jom la pergi Dip n Dip.. Dari hari tu kata nak makan so dah alang-alang kat sini jom makan.. Mummy sengih-sengih je yesss makan lagi! Hehe..
 
Sampai Dip n Dip makk aihh ramainya orangg.. Nasib baik tunggu sekejap je dah dapat seat. Tapi tunggu makanan sampai punyalah lama sampai setengah jam. yelah orang tengah ramai kan, ahad pulak tu,
 
 
Order Ckassic Brownie.. Ohhh yang ni sangatttt sedapppp kkkk takkkk tipppuuuu
 
 
Ada ice cream gak..
 
Cik Kilah makan tak pandang kiri kanan dah.. Siap mintak tambah lagi tu!
 
Saya cuma order yang ni saja sebab saja nak rasa-rasa kan.. Dan tak dilupa mineral water untuk neutralkan balik rasa yang manis itu.. Tanya ada tak warm water memang diorang tak provide.. Saje je nak soh orang beli mineral water tu kan.. Ok next time kita order benda lain pulak..
 
Aihhh bila la nak kurus balik ni :( Rasanya pasni kena buat entry lain pasal nak kurus pulak hiihii :)




Tuesday, March 3, 2015

Lawatan Cik Kilah Ke Klinik Gigi


 
Ahad lepas Aqeelah ngadu gigi dia sakit.. Eh takdelah dia cakap ''Mummy sakit gigi!'' Haha.. Tapi dia asyiklah gigit-gigit jari sampai air liur meleleh keluar pastu taknak makan, so kita tahulah dia tengah sakit gigi. Suruh nganga mulut tak nak, lari jauh-jauh sambil nangis.. Saya cakap dengan en. suami tak boleh jadi ni kena gak bawak jumpa dentist.. 2-3 minggu lepas pun macam tu gak, bila nak kunyah makanan nangis cakap sakit.. Tapi lepas tu dia senyap je so saya pun sampai terlupa nak bawak dia jumpa doctor..
 
So isnin pagi-pagi tu suami hantar saya dengan cik Kilah pergi Klinik Kesihatan Bangi kat seksyen 3. Saya memang amik EL, tapi en. suami kena pergi ofis jap amik dokumen so dia drop saya dengan cik Kilah dulu pastu baru dia datang. Cik Kilah lak bila daddy dia takde sama memang monyok jelah.
 
 
Muka tak happy.. Dia memang dah tau saya cakap nak bawak jumpa dentist, tapi taktau dentist tu apa haha. Kalau cakap doctor dia paham.
 
No. lambat lagi naik.. Disebabkan saya memang cuti takde benda nak rushing so tunggu jelah kat klinik gomen hikhik..
 
Saya takdelah pulak buat appointment ke apa, memang terjah je pergi sini. Sebelum tu ada call klinik private tapi diorang kata kena buat appointment dulu. Malas la kan nak cuti banyak-banyak kali so ke sinilah kita. Takpelah nak kita support klinik kerajaan ok! :)
 
Sampai pukul 8.30 am, dah dekat pukul 11 pun nombor tak naik lagi.. Saya dengan Aqeelah memang dah lapar sebab tak breakfast pun sebelum pergi klinik, konon nak cepat.. Nasib baik kat luar klinik tu ada orang jual-jual so beli biskut buat alas perut.. Kejap lagi daddy datang daddy bawak roti dengan air milo ye..
 
Happy daddy datang bawak roti dengan air milo..
 
 
Dekat dalam klinik kerja dia asyik lari-lari je.. Tau lah nasib dia kejap lagi hahaha..
 
Tepat 11.30 am no. kami pun naik.. wahhh cik Kilah dah nangis-nangis masa ni tak nak masuk bilik doctor sampai kena paksa dukung dengan daddy.. Doktor gigi tu Nampak macam muda lagi, lelaki India.. Dia Tanya umur cik Kilah berapa tahun. Saya jawab lah 2 . Pastu dia macam terperanjat ehhh dua tahun setengah dah boleh cakap ye? Huhu mesti doctor ni tak kawin lagi...
 
 
Terpaksa duduk dengan daddy sebab dia tak nak duduk sorang..
 
Doktor dengan nurse memang sporting habis, sama-sama encourage cik Kilah ni untuk bukak mulut. ramai-ramai diorang cakap ''Aaaaa... Aaaa..." sambil bukak mulut besar-besar haha.. Bila cik Kilah nangis tu kan dia bukak mulut so cepat-cepat doctor check gigi dia...
 
Bla dah last-last tu dia macam dah penat so dia redha je aa doctor nak buat hahaha..
 
Bagus doctor ni.. Takdelah dia nak marah sebab budak tak bagi kerjasama ke apa..
 
Teringat dulu masa zaman sekolah bila doctor gigi datang memang semua budak pun takut kan.. Dah tu dapat pulak doctor gigi yang garang, tak mesra budak langsung.. Mana la budak tak takut dengan doctor.. Saya pun sebelum bawak cik Kilah datang sini memang risau kalau la doctor sini garang memang saya nak ajak en. suami pergi private je. Biarlah bayar mahal-mahal asalkan anak kita tak kena marah dengan doctor hahaha boleh tak macam tu... Tapi sekarang dah tak sama dengan dulu. Dah banyak improvement dah klinik dengan hospital kerajaan sekarang kan..
 
So bertampallah gigi cik Kilah sekarang.. Pasni dah tak boleh makan benda manis dah, kena catu dari sekarang ni.. Tapi tu lah saya ni cepat kesian kat anak, anak nangis je mesti bagi, tak sampai hati lor... :( Tapi kali ni mesti keraskan hati kalau tak, tak cantik la gigi dia bila dah besar nanti kan..
 
On the way balik rumah.. Senyap je dalam kereta :)
 
 




Sunday, February 22, 2015

Tips Cerai Susu Badan (Wean-Off)


Cik Kilah tahun ni dah nak masuk 3 tahun.. Tapi masih lagi mengempeng dengan saya hmm.. Bangun tidur mesti cari saya, nak susu dulu pastu baru nak bangun. Kalau dia bangun tidur nampak-nampak je muka daddy uwaaa mesti nangis sampai la saya datang. Kadang-kadang tu saya rimas jugak. Yelah kita pun ada kerja lain nak buatkan, bukan nak ngadap dia sorang je. Kalau tak layan makin kuat dia nangis. Susah hati jugak ni macam nak stop susu kalau macam ni? Ni bukan phd je saya dapat tapi double phd sekali hehe..

Hari tu saya cakap dengan dia, Aqeelah kan dah besar, tak payah susu mummy lagi ye. Dia angguk-angguk macam paham. Nak tidur tu golek sana golek sini, kejap-kejap kelip-kelip mata buat muka comel pandang saya mintak susu. Saya cakap 'ehhh tadi kan kata tak nak susu dah...' Tau dia cakap apa? Kakak nak pegang je...! Adoii hahha.. Sekarang ni memang dia bahasakan diri dia kakak.

Susu saya memang dah takde. Lepas bersalin hari tu doktor memang ada bekalkan saya ubat stop susu so saya telan jelah. Bukan ada baby pun kan nak minum susu kita kecuali baby besar ni haha.. Lupa pulak nama ubat tu tapi kecik je dan doktor cuma bagi 2 biji je. Tak tau pulak kalau ada side effect (selain berhentikan susu). Saya makan pun sebab pikir nanti leceh pulak nak kena pam susu dalam ofis. Cik Kilah ni memanglah boleh minum tapi takut makin galak lak dia menyusu nanti. Lagipun saya takut pulak kalau-kalau kena breast abscess balik huhu ngeri sungguhh..

So sekarang ni apa yang saya buat, bila dia mintak baru saya bagi.. Terutama bila nak tido jelah. Tu pun saya cakap, ok sekejap je 1 minit tau! Bila dah agak-agak 1 minit saya cakap, ok dah dah abis dahh.. Dia pun terus lepas dan tidur sendiri. Setengah jam lepas tu terjaga tidur mintak lagi susu T__T

Apa-apa jelah cik Kilah asal awak bahagia!!

Oppss sorrylah cerita tak kena sangat dengan tajuk.. Nampaknya saya pun kena cari lagi tips untuk wean-off!



Coach Handbag Untuk Di Let Go


Perempuan mana yang tak suka handbag kan? 

Dulu masa belajar dulu tak mampu pun nak beli handbag. Cuma pakai beg galas yang bawak gi kelas je. Nak dating pun bawak beg galas hehe. Bila dah kerja, barulah merasa nak beli handbag. First handbag saya beli masa mula-mula start kerja ialah handbag Guess sekitar tahun 2009. Beli dengan harga RM400. Masa tu memang dasat sangatla kan pakai handbag Guess. Nak-nak masa tu dah dekat raya, melaram la saya ;p Tapi sayang beg ni tak tahan lama, kulit dia dah terkopek-kopek. Sedih betul. Tapi apa nak buat sebab bukan leather pun.

Bila dah stabil sket, mulalah beranikan diri masuk ke butik-butik yang up sket. Tapi Coach je lah yang mampu buat masa ni. Rasa tak tergamak lagi nak beli handbag mahal-mahal lebih dari 2k. Kalau ada yang mampu tu silakan la beli, anda memang beruntung :)

So di kesempatan ni saya nak let go lah handbag Coach saya (kalau ada sudi beli ler..). Actually ni hadiah hari jadi dari en. suami, tapi dia izinkan saya jual. So saya pun jual jelah haha.. Sebabnya memang saya jarangggg sangatttt pakai handbag ni. Adalah dalam sekali dua kot. Mungkin tak kena dengan gaya saya kot sebab saya suka beg yang boleh sangkut kat bahu. Tapi beg ni jenis yang pegang ala-ala datin tu. Tapi kalau nak sangkut kat bagu tak nak pegang pun boleh juga, tapi kena kepitla hehe.

Saya ada iklankan kat mudah for 1.5k tapi tak mendapat sambutan ;( Maybe saya letak harga mahal sangat. So saya jual kat dalam blog ni RM1.3 k sahaja.. Harga beli almost 1.7k, dah untung banyak dah sape beli tu. So kalau interested bolehla tinggalkan komen kat bawah atau emel saya ati_7676@yahoo.com. Jangan malu-malu tanya ye. Guaranteed 100% original! Saya beli kat Coach Alamanda, bukan online. Saya akan bagi resit, care card, box dengan paper bag sekali. COD area Bangi, Kajang, Putrajaya.









Sunday, February 15, 2015

Mini Cooper Untuk Aqeelah


Perbualan suami isteri pada sewaktu petang yang sunyi:
 
Saya: Abang, apa kata kita beli hadiah birthday awal untuk Aqeelah sebelum bermulanya GST?
 
Suami: Bagus juga tu. Nak beli apa?
 
Saya: Kan hari tu dia sibuk-sibuk cakap pasal beskal Hello Kitty..
 
Maka Ahad lepas bermulalah pencarian kami anak-beranak basikal Hello Kitty yang diidam-idamkan cik Kilah ni. Menurut sumber-sumber dari kawan-kawan en. suami, di Chow Kit paling murah jual basikal budak-budak as compared to Nilai 3. So mummy and daddy pun memasang impian tinggi untuk mencari basikal Hello Kitty idaman Aqeelah.
 
Tapi takde! Frust sungguh. Kami masuk ke setiap kedai basikal di Chow Kit tapi takde yang jual basikal Hello Kitty. Yang ada macam jens scooter tu seperti gambar di bawah:
 
 
Memang cantik dan harga pun murah. Tapi awak tak pandai main lagi le saying.. Tunggu dah besar sket nanti mummy beli eh.
 
Ada la jugak 2,3 jenis basikal yang bukan Hello Kitty yang cik Kilah try main tapi gaya excited tiada di situ. Maka tahulah kami suami isteri yang cik Kilah memang tak minat langsung dengan basikal yang dijual di Chow Kit.
 
Pastu orang kedai tu offer naik Mini Cooper.. Tadaaa...
 
 
 
Hohoho masa ni baru Nampak muka cik Kilah excited sket nak main.. Kereta ni boleh bergerak sendiri, just tekan pedal macam kereta biasa tu. Nak guna remote control pun boleh. Siap ada MP3 lagi *nanges*
 
 
Pastu kita try kaler putih pulak. Sebab kereta mummy n daddy dua2 kaler putih so anak pun kena la amik kaler putih gak! :)
 
 
Bapaku pulang dari kota.. Bapaku belikan kereta.. Kereta kecil warna putih, boleh ku bawa ke sekolah~~
 
Jadi kata sepakat diambil, kami pun beli jelah Mini Cooper tu untuk Aqeelah.. Harganya masih reasonable dari yang kami survey kat internet ada yang sampai RM400++.. Tapi yang ni cuma RM280 sahaja. Bolehlah setahun sekali kan *poket rabak*
 
So kalau ada yang nak beli, saya suggest korang pergi kat kedai ni:
 
 
Haaa ingat tau kedai ni! Bukan nak promote, tapi kedai ni paling senyap, paling bersih, paling mesra alam compare dengan kedai lain! Harga memang lebih kurang sama, tapi yang saya perasan kedai lain diorang just susun timpa kereta tu banyak2 sampai ada yang kemek! Kedai ni Nampak bersih dan teratur sikit sebab kereta dia semua berkilat-kilat!
 
Oh ye selain Mini Cooper, ada jugak Audi, BMW, Range Rover dan kereta-kereta lain yang tak mampu nak beli so marilah kita beli kereta mainan saja haha.. Sama macam kereta betul, yang mainan ni pun lagi mahal brand, lagi mahal kereta mainan tu. So Mini Cooper ni among the cheapest la *nanges lagi*
 
Ok dah beli kereta.. Jom test drive :)
 
 
Pewittt anak dara sape ni
 
 
Bagi sepupu, Hadif main pulak.. Bagus anak mummy ni kita main sama-sama kan! :)
 
 
Amik hati sket, lepas ni bolehlah tumpang hehe
 


 
Macam mana cik Kilah best ke kereta tu.. Jimat sket duit mummy takdelah asyik nak mintak naik kereta Hello Kitty kat Alamanda tu.. Sekali main RM2.. Tapi main sampai 5 trip.. Kalau setahun?
 
Oklah tu aje nak cerita.. Mummy pun takde kereta Mini Cooper, daddy belanja satu yang betul punya boleh?? Hehe :p




Hello Kitty Kenapa Kamu Comelll Sangattt

 
 
Sumber dari en. google
 
Ini bukan pengaruh rakan sebaya tapi pengaruh dari anak!
 
 
Mula-mula en. suami cuma download video Hello Kitty dari youtube untuk cik Kilah ni.. Lepas tu dia pun dah kenal dengan Hello Kitty so mulalah mintak macam-macam yang ada gambar Hello Kitty macam soft toys, botol susu, sticker, baju etc.. Yang mummy pun layankan jelah. Kalau jalan-jalan tu jumpa barang Hello Kitty yang cik Kilah berkenan dan reasonable harga, memang terus beli. Tengok cik Kilah happy dapat barang dia mummy pun mestilah happy. Last-last mummy jadi addicted nak kumpul barang Hello Kitty untuk cik Kilah!
 
Saya cari dalam Qoo10, banyakkk sangattt barang Hello Kitty dalam ni. Yang susah nak jumpa kat luar pun banyak, macam nail clipper, rice cooker, iron pun ada! Ikutkan nafsu semua nak beli. Tapi saya muhasabah diri ambik yang penting-penting je dulu. Konon nak pakai bila rumah dah siap nanti. Kononnn.. (yelah kan!) Semak pun belum tebas lagi entah bila nak buat rumah hehe.. Tapi takpelah kita beli dulu dan simpan, sebab ni bukan makanan ada expiry date.
 
Toilet seat cover untuk bilik air cik Kilah! Yang ni sebijik macam yang saya beli kat Qoo10. Harga Rm146, tak tau la murah ke mahal tapi yang ni paling kiut heheh.. Gambar dari en. google juga
 
 
 
Hello Kitty shower! Yang ni pun saya beli kat Qoo10. Harga RM36. Nanti mummy nak tumpang mandi kat bilik air Aqeelah boleh hehe :p
 
 
Hello Kitty Pudding Tray! Boleh jugak kalau nak bake dalam ni. Mesti comel kannn auwww.. Kalau mummy rajin mummy buat untuk kamu ye nak :p Harga RM19 juga dari Qoo10.
 
 
Tapi semua barang ni tak sampai lagi.. Ada yang shipping dari Korea so kena la sabar menunggu..
 
Saya berangan-angan nak buat bilik dia macam ni boleh?
 
 
Angan-angan je tak salah kan? Kalau ada rezeki lebih insya-Allah mummy akan buat untuk kamu ye..
 
 
Haiii untunglaaa anak-anak zaman sekarang kan. Saya dulu ingat lagi, kalau kain cadar nak tukar baru pun mak suruh pakai je mana yang ada. Kadang-kadang cadar kaler purple, sarung bantal kaler oren pun bolehhh :) Colour block katanya hehe..
 
Bila rumah mummy nak siap?? Hmm..
 
 
 




Thursday, February 12, 2015

Aktiviti Sepanjang Cuti Bersalin

 
Masih lagi dalam mood cuti bersalin walau pun dah 3 minggu  masuk kerja.
 
Saya cuma ambil cuti bersalin selama 2 bulan saja. Yelah kita bukan ada baby nak jaga kan :( Cik Kilah pulak suami saya hantar taska sampai bulan Nov je sebab dia kesian saya kena layan budak kecik tu masa pantang nanti. Bila masuk bulan 12, dah tak anta taska dah.
 
2 minggu pertama lepas bersalin mak mertua saya yang jaga. Sebab saya pun duduk sekali kat rumah MIL hehe.. Pagi-pagi saya akan mandi dengan daun-daun yang dah direbus, air tu amik untuk mandi. MIL la yang prepare semua dah en. suami akan angkut air masuk dalam baldi. Tiga hari pertama lepas bersalin saya berurut macam biasa. Tukang urut dating kat rumah. Untuk 3 hari ni dia caj RM250.
 
Lepas mandi saya makan breakfast pulak. Untuk breakfast dia akan sediakan roti bakar, mushroom soup dan milo panas. Makan tengah hari biasanya daging masak halia atau black pepper, daun pegaga, black pepper yang dah ditumbuk dengan buah oren. Minum pulak air suam yang masih panas. Sebab saya tak de jahit so mak mertua saya kata boleh makan ayam. Tapi tak boleh minum air banyak sebab takut peranakan kembang.. Tapi yang ni memang saya tak ikut, saya minum je air masak banyak-banyak sebab takut kena sembelit. Tapi minum senyap-senyap la dalam bilik takut MIL Nampak hehe..
 
Lepas dua minggu tu MIL tak berapa nak jaga dah sebab temankan SIL kursus di Johor 2 bulan. So berpantanglah saya dengan en. suami dan Aqeelah mengikut cita rasa saya sendiri hehe. Sebab tak de baby, so saya berani la nak makan ikut tekak saya sendiri tapi takdelah banyak. Kadang-kadang suami hantar saya kat rumah kakak saya kat seksyen 4 Bangi sebelum dia pergi kerja. Wahh kalau saya pergi rumah kakak saya memang saya happy sebab dia masak sangat sedap :p So kat sini memang tak pantanglah, makan je apa dia masak yang penting sedap hehe. Tapi pakai bengkung tetap jugak saya pakai sampai 44 hari.
 
Cik Kilah kalau pergi rumah kakak saya ni pun mesti happy sebab dapat main dengan sepupu-sepupu dia  :)
 
 
Cik Kilah dengan sepupu, Asya. Diorang ni sebaya selang sebulan lebih je tapi Nampak Cik Kilah lagi besar lak.. Maaflah watermark yang terpotong tu, malas nak edit balik
 
 
Walau pun takde mainan, panjang je akal nak main apa, panjat kerusi meja la.. Biasa la budak-budak
 
 
Kat rumah kakak saya lagi.. Bersama Ami, Asyfa, Cik Kilah dan Aniq. Masa ni hari pertama sekolah dibuka
 
 
Sedap kan Mama Ima masak! Walau pun cuma spaghetti biasa tapi sedappp
 
Kalau tak pergi rumah kakak saya, saya pergi pulak rumah mak. Kat rumah mak pun ada jugak sepupu Cik Kilah sebab masa tu kan cuti sekolah. So semua orang pakat-pakat kumpul rumah nenek :D
 
 
Ni Aufa anak kakak saya no. 2. Main playdoh sama-sama. Spek itam tu baru beli, nak tido pun Cik Kilah pakai jugak haihh
 
 
 
Tidur sama-sama. Senang nak tidokan kalau ada kawan, takdelah dia mengempeng je dengan saya huhu
 
 
Cik Kilah bersama A'an, Aufa dan Nawfal. Gambar pecah pulak
 
Aikkk semua gambar cik Kilah mana gambar mummy?? Hehe ada ke nak tengok. Gambar saya tak payahlah sebab dalam pantang memang selebet mana sempat mekap kan haha..
 




 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal