HOME    LOVE    PARENTHOOD    HOLIDAY    SHOP

Wednesday, January 29, 2014

Tukar Cermin Kereta Di Honda Global Amity


Hari tu kan cermin kereta saya kena pecah terpaksa dipecahkan gara-gara Aqeelah terperangkap dalam kereta kan.. So hari tu kami bertiga pun pergilah untuk tukar cermin di Honda Global Amity, Bangi yang tersangatlah dekat dengan rumah saya, 5 minit je camtu. Saya ingatkan tempat ni cuma boleh untuk servis saja. Tapi bila en. suami call tanya dan orang tu kata boleh gantikan cermin kereta, maka terus ke sini.. Senang sebab dah biasa, lagipun 100% original from Honda hehe. Tanya kat workshop lain, mostly harga cermin ialah antara RM300-350.. Tapi kat sini cuma RM220 je inclusive of labour charge.

Kali ni saya dengan baik hati temankan en. suami, biasa dia pergi sorang kalau nak servis kereta. *Yang sebenarnya plan lepas tu nak pergi Zoo Negara hehe* So kalau nak servis kereta kat sini tak yah risau panas ke lapar ke sebab tempat menunggunya luas dan paling penting ada air-cond.. Ada jugak ruang main-main untuk budak-budak, siap dengan tv yang sentiasa pasang cerita kartun.


Ruang untuk kanak-kanak

Tempat menunggu.. Anda akan diberikan nombor giliran macam kat bank. Di tepi tu disediakan self-service cappucino

Bilik merokok (kalau tak silap)

Paling best... Cinema room!! Confirm tak kan bosan

Memang layan.. Bila movie dah abis, kereta pun dah siap servis

thesweetlullabies.blogspot.com
En. suami siap bertambah-tambah minum cappucino. Free je.. Ada jugak disediakan crackers dalam paket-paket kecik untuk kudapan.


Jadi bagi sesiapa yang nak servis kereta, bolehlah ke Honda Global Amity yang terletak di Wisma AAB, Lot 11A Jalan P/9B Bangi Industrial Estate Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Ewahh dah macam promoter lak.



Bergambar di Little World Studio - Milkadeal Voucher


Masa Aqeelah berumur 7 bulan kalau tak silap, saya beli voucher di Milkadeal untuk studio photography. Promo bukan main lagi RM35 je untuk RM250 punya value. Tapi end up saya bayar RM200++ jugak.. Sebab rupanya promo dia tu untuk gambar basic je.. Tak de touch up semua tu. Lepas dah siap bergambar bagai, tokey kedai pun cakap yang promo tu untuk basic package je, nak gambar lagi cantik kena touch up la, boleh kasi hilang jerawat la bla..bla.. Material gambar pun kena upgrade lagi la sebab kalau tak upgrade gambar u tak cantik.. Iskkk memang dah terkena dah saya.. Pengajaran di sebalik tragedi video kahwin saya yang tak siap sampai sekarang tak dapat dijadikan iktibar hehe.. Yang tu lagi syahdu, sampai dah beranak pun video entah ke mana.. Yang video tu saya beli dari Groupon, seratus lebih je dari Simply Siti Studio, value kononnya seribu lebih.. Tokey Simply Siti tu pun saya tak dapat contact. Memang saya tak halal la duit yang diorang dah makan tu..

Tak pelah kita layan je gambar ni dulu.. Haaa tapi ni lagi satu menipu, saya dah upgrade semua gambar ni kasi touch up cantik-cantik, tapi softcopy dalam cd yang saya dapat ialah gambar asal yang tidak di edit...Hangin tak??

Baru pandai nak main toys




Mood tak baik.. Nak nangis je













Kami bertiga...

Kesimpulannya.. Tokey kedai pun janganlah advertise yang gempak-gempak, yang boleh misleading, kononnya harga yang ditawarkan betul-betul murah.. Tapi sebenarnya kualiti barang/service tu memang sepadan dengan harga yang murah tu, tapi bantai cakap yang value nya sama dengan harga sebelum promotion... Tak baik tipu orang kan.



Wednesday, January 22, 2014

Meeting Oh Meeting

Sekadar gambar hiasan. Source from google


Saya tak paham la.. Kenapa selalunya meeting habis lewat? Govt or private sector, saya rasa sama saja, mana-mana orang mesti pernah mengalaminya. 
Kalau setakat 3,4 jam direct meeting tu mungkin biasa, boleh consider lagi. Tapi kalau sampai lebih dari office hour? Oh tidak.. Saya harap tuan/puan pengerusi akan lebih memahami.. Mungkin ada di antara ahli mesyuarat yang terpaksa balik awal sebab nak ambil anak dari sekolah, nak ambil isteri, nak masak untuk makan malam suami dan anak-anak, dan lain-lain urusan lagi. Dah kata waktu bekerja dah tamat kan? Dengan macam-macam kes yang terjadi sekarang.. Nauzubillah.. 

Kesian anak kena tunggu mak ayah datang sambil duduk kat tepi pagar.. Manalah mak ayah aku ni tak sampai-sampai lagi... Cepatlah mama sampai.. Adik takut..Huhu.

Itulah yang terjadi pada saya semalam.. Dah pukul 5.30 pm, tapi tak de tanda-tanda yang meeting akan habis dalam masa terdekat. Saya dah mula gelisah, sebab taska Aqeelah paling lewat untuk ambil anak ialah 5.40 pm. Yelah cikgu-cikgu kat taska tu pun nak balik rumah jugak kan.. Takkan nak suruh cikgu bawak anak kita balik rumah diorang kot?

5.45 pm, meeting tak habis lagi, saya pun cabut! Tapi bukan balik terus. Saya ambil Aqeelah di taska dulu. Kesian dia, cuma dia sorang tinggal kat taska tu.. Kemudian saya pun dengan selambanya bawak masuk sekali dalam meeting. ''Minta maaf pn. pengerusi, ahli baru mesyuarat..!'' Orang lain dah senyum-senyum, pengerusi lak tak cakap apa. Mungkin dia terkejut saya bawak masuk baby besar kot hehe.. Tapi nak buat macam mana, dah kata darurat kan? Kalau saya tinggalkan terus meeting tu, lagi rasa tak sopan kan?

Nasib baik Aqeelah behave sepanjang meeting tu...

Dan meeting pun berakhir jam 6.20 pm..

Saya dan Aqeelah pun pulang ke rumah...

Sekian.

Aqeelah sabar menunggu di taska sambil minum air kosong




Monday, January 20, 2014

Berenang-renang di Presint 6, Putrajaya


Jumaat lepas, sempena cuti Thaipusam, bawa Aqeelah pegi swimming di Putrajaya Presint 6. Macam biasa, mummy yang excited! 

Pakaikan swimming suit siap-siap dari rumah. Pewittt

 Aqeelah dah tak takut air..

 Mummy, Aqeelah dan sepupu, Aufa

Jeling-jeling

Hari tu masa New Year bawak Aqeelah ke sini, memang dia takut masuk kolam. Malam tu lak dia demam sampai mummy kena amik EL.. Sekarang dah tak takut dah.. Sampai tak nak keluar pulak tu iskk iskk.. Mungkin lepas ni mummy kena ajak daddy selalu gi swim :)

Swimming pool kat Presint 6 ni besar.. Ada 2 kolam untuk kanak-kanak, dan ada 1 area untuk baby je rasanya sebab cetek je air. Kolam untuk dewasa saya tak tengok pulak, sebab saya tak tau berenang :)
Sekian..



Pengalaman Saya Terkena Breast Abscess II


Aqeelah at 1 year and 6 months old
 
Rujuk sini untuk baca Pengalaman Saya Terkena Breast Abscess I


Ok, hari ni sambung cerita saya yang terkena breast abscess. 

Selepas abis bekalan ubat dari klinik Az-Zahrah tapi saya still tak baik, saya ambil keputusan untuk ke klinik kerajaan pulak. Hari Sabtu, 14 Oktober 2012 sebelum menyerah diri kepada doktor, saya sempat lagi hadir ke Majlis Konvokesyen LL.M saya di UKM. Kalau ikutkan memang tak nak pergi sebab masa tu rasa sakit memang tak tertanggung. Tapi saya gagahkan diri sebab mengenangkan inilah harinya saya menghargai titik peluh saya belajar, dengan usung perut pergi ke kelas lepas waktu belajar *masa ni saya tengah pregnantkan Aqeelah*, dengan morning sickness lagi.. So haruslah saya pergi kan.. En. suami pun sempat lari kejap dari training dia di Puchong *kursus persediaan sebelum ke Jepun untuk 3 bulan* untuk temankan saya.

Isnin, 16 Oktober 2012.. Saya pun menyerah diri ke KK Bangi dengan ditemani parents saya. Hari yang sama juga en. suami fly ke Jepun. Flight malam.

Di KK Bangi, doktor perempuan yang check saya. Bila dia tengok keadaan miss B saya, terus dia lahirkan rasa simpati beliau. Dia keluarkan surat untuk saya ke Bahagian Kecemasan Hospital Serdang dengan SEGERA.

Tapi saya tak terus pergi ke hospital. Sebab doktor tu cakap besar kemungkinan doktor sana akan tahan saya. So saya pun balik ke rumah, kemas baju, amik breast pump untuk pump sepanjang di hospital nanti, dan bye-bye pada Aqeelah yang masa tu hanya berumur 3 bulan. Sedihnya masa tu Allah je yang tahu bila saya terpaksa tinggalkan baby dengan kakak ipar saya.

Kat hospital Serdang, mula-mula saya diperiksa oleh doktor biasa. Pastu doktor tu panggil lak pakar untuk datang check saya. Kemudian datangla segerombolan doktor pakar, dalam 5-6 orang untuk check saya. Semua lelaki pulak tu huhu.. Tapi masa tu saya dah tak de masa nak fikir pasal malu, saya pasrah saja asalkan saya cepat baik. Dalam hati saya berdoa jugak supaya saya tak kena admit.. Tapi alangkah kecewanya saya bila salah-sorang dari doktor tu cakap mereka terpaksa tahan saya di wad dalam 3-4 hari, sebab saya akan dibedah :(

Jadi malam tu, bermalamlah saya di Hospital Serdang di Ward 6B.. First time saya tidur sorang tanpa baby. Hanya breast pump jadi teman setia. Malam tu jugak en. suami fly ke Jepun. Sedih tak payah cakaplah.

Esoknya, kumpulan doktor pakar yang sama datang melawat saya lagi. Saya dijadualkan untuk buat ultrasound pada miss B pagi ni, untuk tengok banyak mana dah abscess kat situ.. Proses ultrasound tu sama macam yang kita buat masa nak scan baby kat perut tu.. tapi kali ni kat miss B pulak. Masa doktor buat ultrasound, saya sikit pun tak tengok kat skrin tu. Takut satu hal, rindu kat Aqeelah satu hal. Pas tu dia tandakan 'X' guna marker pen kat the affected area. 

Petang tu, doktor datang lagi melawat bersama keputusan ultraound. Doktor cakap saya ada 2 pilihan, pertama ialah buat pembedahan kecil iaitu incision and drainage (I&D). Yang kedua buat aspiration. Yang ni tak payah operate, cuma saya kena tahan kena cucuk dengan needle untuk sedut nanah tu.. Tapi tak kan boleh hilang dengan sekali sedut. Kena buat banyak kali. Saya tanya doktor apa yang dia recommend? Dia kata memandangkan saya masih muda lagi, dia suggest untuk buat aspiration je so that takdelah parut kat miss B. Tapi saya kena banyak sabar lah. Saya pun ikut je sebab kalau operate lagi la saya takut hehe..

Oh ye, doktor ada nasihatkan saya supaya buang je susu yang saya pump dari breast kanan yang terkena abscess tu. Dan jangan bagi pada baby.

Rabu, saya pun mula menjalani aspiration. Mak aihhhh sakit tak yah cakaplah. Dah la tak bius. Bila doktor sedut dengan jarum tu, bunyi dia macam paip air yang tengah clogged tu sebab takde air. Eh boleh ke korang bayangkan? Hehe. Pas tu jarum tu pulak dia pusing-pusing carik mana lagi nanah yang beranak-pinak tu..

Petang Rabu saya dah dibenarkan keluar. Saya tengok bil, rm1.3k++.. Tapi sebab saya government servant, alhamdulillah tak payah bayar.. Saya dapat mc untuk 2 minggu. Tapi tak best gak sebab kena ulang-alik hospital untuk buat aspiration.

Sejak dari tu, bermulalah hidup saya sebagai pengunjung tetap hospital Serdang.. Selang dua hari sekali saya kena pergi. Sampai la saya fully discharge pada mid of December..

Dan sekarang.. alhamdulillah parut kesan breast abscess tu dah tak de.. Sampai ke hari ni, pada umur Aqeelah setahun 6 bulan, dia masih menyusu badan tanpa bercampur sedikit pun FM alhamdulillah.. Pengalaman ni hampir membuatkan saya berputus-asa untuk terus susukan Aqeelah. Yelah sebab susu yang belah kanan tu kan kena buang, so saya selalu takut yang Aqeelah tak cukup susu.. Tapi saya berjaya yakinkan diri dan terus susukan dia macam biasa.

Pada yang senasib dengan saya tu... Pesan saya anda semua kena kuatkan semangat! Cari sebanyak mungkin info pasal BF, join BF support group.. Dan sokongan dari suami pun penting.. Cuma anda yang boleh berikan yang terbaik untuk anak anda.

Sekian.. Dah tak mo dah kenang kisah sedih ni lagi hehe.

Pengubat duka




Thursday, January 9, 2014

Anak Terperangkap Dalam Kereta


Pengajaran untuk saya.. Dan juga ibu bapa di luar sana.

Semalam, tepat jam 5.30 pm saya punch card dan terus amik anak di taska di level 2.. Dan kami naik lift turun ke basement dan menuju ke kereta.

Dan macam selalu... Aqeelah akan amik kunci kereta dari tangan saya untuk dia pegang. Dia memang suka standby pegang kunci siap-siap dan cuba-cuba untuk tekan unlock button. Tapi memang selalunya dia tak pernah berjaya. Cuma cuba-cuba saja.. Saya la yang tekan unlock button tu.

 Kemudian, saya pun letak la dia dalam baby car seat, pakaikan dia seat belt, letak handbag saya dan beg chipmunk dia dalam kereta. Kemudian saya pun tutup pintu kereta, nak berjalan ke arah pintu driver.

Tiba-tiba... 

Tittt Titt Titt

Ya Allah, tu bunyi alarm tanda kereta dah dikunci!!


Dengan paniknya saya patah balik ke pintu sebelah driver, dan Aqeelah masih memegang kunci tu!! Dan kali ni dia berjaya tekan button, tapi tu lock button..! Saya panik, suruh Aqeelah tekan lagi button. But still dia tekan lock button. Saya makin panik. Aqeelah mula menangis, mungkin sebab dia tengok saya masih kat luar, kenapa tak masuk dalam kereta lagi.

Saya pun berlari mencari bantuan, kebetulan masa tu ada seorang yang lalu kat situ. Dia pun pergi ke kereta saya. Masa tu Aqeelah dah nangis sekuat hati sebab saya tinggalkan dia. Lepas tu orang mula ramai mengerumuni kami, ingin tahu apa yang terjadi. Salah-seorang dari mereka menelefon Unit Keselamatan untuk minta bantuan.

Tak lama lepas tu datang la orang dari Unit Keselamatan. Diorang suggest untuk pecahkan je cermin kereta. Dah call bomba tapi bomba lambat sampai. Saya terus setuju, tak kisahlah asal anak selamat. Tapi bila nak pecah, satu masalah lak timbul sebab saya pasang tinted anti-theft, so memang amik masa untuk dipecahkan. Saya rasa dalam 20 minit Aqeelah terperangkap. Bayangkan dengan panas sebab kat dalam basement, terkurung dalam kereta lagi, enjin pun tak hidup.. Ya Allah kesian anak saya.. ;( Maafkan mummy sayang..

At last, berjaya keluarkan Aqeelah.. Aqeelah terus diserahkan kepada saya. Kami anak-beranak sama-sama menangis.. Saya tak dapat bayangkan kalau saya kehilangan Aqeelah... Ada jugak yang tanya, kenapa saya tak tunggu bomba or panggil orang Honda datang bantu. Sayang sebab kereta baru..tetapi sanggupkah anda nak tunggu diorang sampai? Kejamnya saya kalau saya biarkan Aqeelah kepanasan di dalam; semata-mata nak selamatkan cermin kereta dari kena pecah... Oh saya tak sanggup. Cermin kereta boleh diganti, tapi anak..??


Keadaan kereta selepas kejadian.. Orang dari Unit Keselamatan tolong balutkan dengan plastik hitam. Terima kasih saya ucapkan pada penyelamat anak saya.. Saya tengok sampai luka tangan dia pecahkan cermin :(


Saya bersyukur sangat.. Allah swt masih izinkan untuk saya terus bersama anak saya...





Pengalaman Saya Terkena Breast Abscess I


Kali ni nak cerita kisah sedih.. Pengalaman paling pahit yang tak kan saya lupa sampai bila-bila.

Semasa Aqeelah berumur 3 bulan (Oktober 2012), saya telah terkena breast abscess.. Pernah dengar? Breast abscess tu maknanya ada nanah dalam breast kita, disebabkan ada infection pada susu.. Bermula dengan breast yang membengkak (engorge), jadi lump, dan kalau tak dirawat segera lump tu akan menjadi nanah. Senang cerita susu dah bercampur nanah. Lebih kurang macam mastitis, tapi setahu saya breast abscess tu lagi teruk.

Dan itulah yang terjadi pada saya.. Memang sangat malang :(

Semuanya bermula bila satu hari tu (masa tu saya lagi seminggu lebih nak masuk kerja lepas 3 bulan cuti pantang), saya perasan yang dekat breast belah kanan saya ada red spot besar duit syiling 50 sen. Saya tekan-tekan tapi tak sakit. So saya biarkan saja, sebab saya memang takut jumpa doktor hehe.. Tapi saya tetap takut dan tak sedap hati. Dalam pada cuak-cuak tu, saya pergi buat research pasal breast cancer haha.. Serius masa tu breast abscess atau mastitis pun saya tak pernah dengar. Lagipun masa tu Aqeelah memang exclusive BF, memang saya tak jangka lah malapetaka ini akan berlaku..

Seminggu lepas tu, dark spot tu jadi lump. Saya bertambah takut. Masa tu baru nak cakap dengan en. suami. Dia ajak saya gi klinik. Saya tak nak *tengok tu betapa takutnya saya dengan doktor.. Trauma bersalin masih ada lagi haha*. Sebab cuti pantang dah abis, saya pun pergi kerja macam biasa dengan berbekalkan breast pump yang dah beli awal sebelum bersalin. Tapi bila dah kerja ni, schedule pam susu memang banyak lari.. Yelah kalau dah meeting pagi sampai tengahari, dah tentu saya skip sesi untuk pam susu pagi. Terpaksalah pam masa lunch hour. 

Hari demi hari, breast saya makin sakit... Dan part paling ngeri ialah bila dark spot tu bertukar warna purple macam lebam gitu.. Dan makin besar.. Macam buah ciku besar dia.. Saya pun tabahkan hati gi klinik Az-Zahrah Bangi dengan ditemani suami. Masa tu lah doktor bagitahu saya kena breast abscess. Saya dibekalkan dengan antibiotik, ubat tahan sakit dan panadol, serta MC 2 hari.. Doktor suruh datang lagi lepas 5 hari, kalau masih sakit lagi.

Jadi saya pun makan ubat sampai abis seperti yang disarankan. Lepas dah makan ubat, saya dah tak rasa sakit, mungkin sebab kesan pain-killer tu. Tapi lepas stok ubat abis, saya sakit balik. Saya bertambah risau memikirkan apa akan jadi seterusnya. Lebih-lebih lagi dalam masa beberapa hari je lagi en. suami akan berangkat ke Jepun untuk berkursus selama 3 bulan.. Lagi la saya sedih :(

To be continued...





Wednesday, January 8, 2014

Kenny Rogers Red Day

Peristiwa ini berlaku semalam


Ok.. To be honest, first time saya makan Kenny Rogers ialah sekitar tahun 2009 iaitu masa mula-mula saya masuk kerja.. Sedih kan? Itu pun dibelanja oleh akak satu ofis yang baik hati, masa tu di KR Maju Junction kalau tak silap *tq kak Aida!* Masa tu dia yang tolong orderkan untuk saya sebab saya tak tahu macam mana nak order.. Haha.

Yelah.. Masa study dulu manalah nak merasa makan ni semua. Paling kuat pun KFC, McD atau Pizza Hut. Itu pun dah dikira mewah dah.. Lepas kerja baru merasa makan di restoran yang dulu cuma mampu pandang dari luar saja.. Sobs..

Jadi semalam.. Tiba-tiba dapat whatsapp dari en. suami seperti gambar di atas. Syaratnya pakai je baju merah atau aksesori merah, dah dapat one free meal. Haruslah saya excited. Walau pun KR bukanlah antara fave saya, tapi makan di situ tetap mengembalikan kenangan saya awal-awal kerja dulu cewahhh.. Jadi keputusan sepakat dicapai, en. suami akan balik kerja awal dan kami terus pergi di KR yang baru buka di Bangi Gateaway, shopping complex baru bukak kat Bangi tu.. Mesti tak ramai orang sebab baru bukak :)

Pukul 6.30 pm kami dah sampai. Aqeelah pun saya tak sempat mandikan sebab sampai je rumah, en. suami dah sampai dulu dari saya hehe. Dan kami berjaya dapat meja, tak payah queue pun.

Saat bahagia ayah dan anak


 Saya minta fresh orange without ice.. Waiter bagi saya botol terus..



Side dish tu tak boleh pilih. Dah kata free..


Lepas makan kami pun balik dengan perut yang kekenyangan. Alhamdulillah rezeki untuk hari ni..



Tuesday, January 7, 2014

Ana Ikan Bakar Petai

Wahh dah masuk tahun 2014..
Agak-agak sempat tak nak wish happy new year kat blog ni? :p

Oklah,, tak pernah lagi cerita pasal makan. So hari ni nak cerita pasal makan.

Tak jauh mana pun, kat Bangi ni je.. 
Kat Ana Ikan Bakar Petai.

Alhamdulillah, niat nak belanja family makan-makan sempena promotion dapat 44 ni termakbul jua...

Saya dengan en. suami dan Aqeelah sampai lewat sikit sebab tunggu Aqeelah bangun tidur.. Sebab dari pagi tadi kami keluar ke Aquaria KLCC. Sebelum tu sempat lagi makan di Chili's *makan lagi*. So memang agak kepenatan dan kekenyangan di situ...

Kami baru nak duduk, makanan pun dah sampai.. Bagus tak payah tunggu lama. Mungkin masa tu orang tak ramai sebab baru pukul 6 pm.

Eh ni gambar dah siap makan.. Hehe. Aqeelah macam biasa tak suka duduk kat baby chair :(


 Sepupu-sepupu Aqeelah...


Keluarga besar saya :)


Kami order udang goreng tepung, ikan siakap bakar petai, ikan kerapu bakar petai, ikan pari bakar petai, sotong bakar petai *eh kenapa semua bakar petai???*, sayur kailan ikan masin, ketam masam manis, nasi, air buah 4 jag, total yang saya bayar ialah RM473.. Tapi makcik di kaunter tu bagi saya diskaun RM3.. Kira oklah.. Sebab saya budget RM500 hehe.
Oh, ini semua adalah untuk makan 13 dewasa dan 11 kanak-kanak termasuk baby hehe.. Sorrylah tak snap pulak gambar makan. Makanan pun bagi saya oklah masih boleh diterima.. Saya rasa kalau ada fave saya ikan siakap 3 rasa mungkin lagi sedap, tapi kakak saya tak order huhu..

Till then.. Ada masa saya buat review makan di Chili's KLCC pulak :)
 



 
copyright of http://thesweetlullabies.blogspot.com/ since 2013.Design by Syazwana Jamal